Emas sememangnya menjadi kegilaan kaum wanita bukan sahaja sebagai perhiasan bahkan juga menjadi sebagai aset untuk masa hadapan.
Nilai emas di pasaran kini dikatakan mencanak naik. Tular di media sosial, gelang emas yang diberikan jolokan nama ‘Pulut Dakap’ menjadi perhatian para wanita untuk memilikinya.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Ayah Pong menceritakan pengalamannya membeli di satu kedai milik usahawan popular.
Demi memenuhi permintaan isteri yang ingin membeli gelang tangan coco perut ular yang menjadi trend masa kini, lelaki ini sanggup pergi ke kedai emas yang terletak di Shah Alam.
“Minggu lepas saya sendiri dan wife ada pergi kedai s*ja* kat Shah Alam atas permintaan wife dok berkenan dengan gelang tangan coco perut ular yang tengah trending sekarang…
“Nak2 pulak s*ja* tengah buat promosi Rm 190 per gram.. Betul2 murah tu, ikotkan harga pasaran masa tu Rm 220/gram.. Saya nie orang berniaga, jadi nak tahu la jugak strategi apa si s*ja* nie pakai sampai boleh downkan harga emas dari Rm 220/gram ke Rm 190/gram..,” katanya.
Walaupun dengan promosi harga yang murah, lelaki ini masih berbelah bagi kerana usahawan ini terkenal dengan isu jantina yang masih dipertikaikan tetapi demi isteri, lelaki ini menurutkan sahaja.
“Jadi kita layankan juga wife pergi kedai s*ja*.. Dalam hati nie dah standby Kalau betul murah, nak pulak kalau wife dah berkenan.. Saya akan cakap kat wife dulu.. Sayang sure nak nie? Tau tak s*ja* nie dok promosi L*B*..? Sayang pun tau kan abg tak suka kat si s*ja* nie..?,” katanya lagi.
Selepas bertanya kepada jurujual di kedai itu, ternyata benar harga promosi yang diiklankan tetapi ia tidak termasuk harga upah yang mana dikenakan dengan harga yang tinggi.
“Bila dah ditanya harga apa semua memang betul Rm 190 per gram.. tapi yang tak dipromosikan adalah Kedai Emas S*ja* nie ada caj upah..Caj Upah dia bapak mahal… RM 70 per gram… Matilanak.
“Saya cakap dalam hati..Orang pompuan yang beli emas kat kedai s*ja* nie badigol ke apa tak tahu matematik, tak tahu murah ke mahal.. ke sebab duit bukan korang yang keluar, laki korang yang bayar..,” katanya.
Bukan ingin mensabotaj kedai emas tersebut, lelaki ini menasihatkan kepada kaum lelaki supaya mengambil tahu dan tidak serahkan bulat-bulat kepada isteri yang mana akhirnya akan merugikan anda.
“Nie bukan nak sabotaj ke apa ke kedai Emas Si s*ja* nie.. Tapi saya nak bagitahu kat semua kaum lelaki kalau wife mintak beli emas, jangan bagi duit.. Sebab pompuan nie Allah cipta 9 Nafsu, 1 Akal… kita lelaki 9 Akal, 1 Nafsu…,” katanya.
Akhirnya lelaki ini membeli di kedai emas berlainan dengan harga yang lebih berpatutan.
Bagi membantu para lelaki semua berikut merupakan formula untuk menentukan harga emas dan beberapa tips untuk anda.
Berat barang x harga emas yg ditawarkan + harga upah = harga barang
Tips membeli emas
1. Selalunya harga emas sememangnya tetap namun harga upah boleh berubah.
2. Bisnes emas tidak memberi untung banyak pada harga emas tapi keuntungan boleh berubah mengikut kadar upah.
3. Purata harga upah setiap barang kemas adalah RM5 hingga RM15 per gram bergantung pada corak rekaan. Purata harga upah untuk emas tempatan pula RM5 hingga RM12 sahaja per gram.
Kategori kedai selamat yang layak dikira harga patut
1. Menjual emas tiada upah
Kedai yang menawarkan harga semasa tapi tidak mengenakan upah adalah dikira kedai harga patut. Contohnya harga semasa bagi satu gram emas adalah RM183. Sekiranya harga bagi seutas rantai tangan seberat 10gram bernilai RM1830, anda boleh beli, tidak terlalu murah tapi masih dikategorikan murah sebab tiada upah harga patut dalam keadaan ekonomi sekarang.
2. Menjual emas diskaun RM10 per gram dan mengenakan upah purata RM10 hingga RM12 per gram.
Harga emas Ditawarkan RM173, harga semasa RM183
Kedai A- berat seutas rantai tangan 10 gram x RM173 + Upah RM100 = RM1830
Kedai B- berat seutas rantai tangan 10 gram X RM173 + upah RM50 = RM1780
Untuk harga penjualan ini, ianya dikira sebagai murah (harga purata per gram RM178, kurang daripada RM183 (harga semasa) kedai ini di klasifikasikan sebagai kedai yang jual murah.
3. Menjual emas RM151, harga semasa RM183
Kedai A- berat seutas rantai tangan 10 gram x RM151 + upah RM700 = RM2210
Kedai B- berat seutas rantai tangan 10 gram x RM151 + upah RM200 = RM1710
Foto : Media Sosial.