Ikuti Kami:

Belanjawan 2025: Keadilan Pendidikan Untuk Golongan Miskin

Belanjawan 2025: Keadilan Pendidikan Untuk Golongan Miskin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi petunjuk bahawa kerajaan akan menghentikan subsidi pendidikan bagi golongan kaya dalam Belanjawan 2025 yang dijadualkan untuk dibentangkan pada 18 Oktober depan.

Beliau menekankan bahawa langkah ini adalah satu keutamaan bagi memastikan keadilan dalam pemberian subsidi pendidikan di negara ini.

Anwar menyatakan bahawa anak-anak daripada golongan elit yang bersekolah di institusi pendidikan tinggi yang dibiayai oleh kerajaan dengan subsidi yang tinggi perlu dihentikan.

Dalam ucapan beliau di Simposium Kebangsaan 2024: Menokhtahkan Kemiskinan, beliau memberi amaran awal tentang tindakan ini sebagai persediaan menjelang pengumuman belanjawan bulan depan.

“Jika negara benar-benar mahu adil, subsidi harus diberikan termasuk kepada golongan rentan,” ujarnya.

Menurut beliau, adalah tidak adil bagi anak-anak golongan kaya untuk menikmati subsidi pendidikan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat miskin.

Anwar menegaskan bahawa pegawai kanan awam, pemimpin politik, dan usahawan terkenal menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah terbaik yang dibiayai oleh kerajaan.

“Sepatutnya kalau anak orang kaya perlu bayarlah,” tegas beliau.

Beliau menambah bahawa hasil daripada penghapusan subsidi untuk golongan kaya boleh digunakan untuk membantu rakyat yang miskin.

Sebelum ini, kerajaan telah mengambil langkah menghentikan subsidi elektrik dan haji kepada golongan T20. Selain itu, pengapungan harga ayam dan penstrukturan subsidi diesel turut dilaksanakan dalam usaha untuk mengurangkan ketirisan subsidi.

Komen
Loading...