Ikuti Kami:

Bekas Timbalan Pendakwa Raya Jadi Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan

Bekas Timbalan Pendakwa Raya Jadi Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan

Hari ini terjawablah sudah siapa pengganti yang akan mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin selepas ditahan polis pada Jumaat lalu.

Fahmi Abd Moin, bekas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengesahkan perkara itu apabila pihak keluarga ibu bapa Zayn melantiknya sebagai pengganti.

Saya dilantik untuk mewakili mereka berdua. InsyaAllah saya akan hadir prosiding di mahkamah Jumaat ini.

Sebelum ini, peguam yang mewakili ibu bapa Zayn iaitu Mahmud Abdul Jumaat memaklumkan menarik diri sebagai peguam mereka.

Peguam berkenaan yang turut hadir semasa prosiding permohonan reman ke atas suami isteri itu di Mahkamah Petaling Jaya, Sabtu lalu sebelum Majistret Ainaa Muhammad Kamal membenarkan reman tujuh hari sehingga 7 Jun.

Dalam satu kenyataan, Mahmud daripada firma guaman, Tetuan Emir Mahmud & Co, memaklumkan keputusan itu terpaksa dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya.

Datuk kepada Zayn, Zahari Mohd Reba kemudian memaklumkan sudahpun melantik peguam yang baharu untuk mewakili anak dan menantunya.

Komen
Loading...