Ikuti Kami:

Bayu Somerset Terus Kukuh Dalam Fesyen Tempatan, Rancang Buka 15 Cawangan Tahun Ini

Bayu Somerset Terus Kukuh Dalam Fesyen Tempatan, Rancang Buka 15 Cawangan Tahun Ini

Selepas empat tahun menapak dalam industri fesyen tempatan, Bayu Somerset kini semakin kukuh sebagai jenama yang mendapat tempat di hati pelanggan.

Meraikan ulangtahun keempat baru-baru ini, Bayu Somerset telah menganjurkan sebuah acara istimewa bertemakan #Somerset4fab x The Calanthe Movement yang berlangsung meriah di cawangan Bayu Somerset KL East pada Sabtu lalu.

Acara ini bukan sahaja menandakan kejayaan empat tahun perjalanan jenama tersebut, malah memperlihatkan arah tuju baharu perniagaan dan penghargaan kepada pelanggan yang menjadi tunjang kekuatan Bayu Somerset sejak awal penubuhan.

Menurut Ketua Pemasarannya, Dania Kamalul, perkembangan pesat jenama itu adalah hasil sokongan komuniti pelanggan yang terus mempercayai dan mengangkat nilai estetika Bayu Somerset.


Dania Kamalul, Ketua Pemasaran Bayu Somerset.

“Kami bermula sebagai sebuah label kecil dengan visi besar. Kini, kami sudah ada kira-kira 10 cawangan dan insya-Allah menjelang hujung tahun ini, kami menyasar sehingga 15 cawangan di lokasi strategik seluruh negara,” katanya.

Tambah Dania, sambutan luar biasa terhadap koleksi The Calanthe sejak 2024 mendorong Bayu Somerset terus memperkasa hubungan dengan pelanggan melalui pendekatan komuniti.

“The Calanthe Movement” iaitu komuniti pelanggan setia yang bukan sahaja memakai koleksi The Calanthe tetapi menggayakannya dengan identiti dan interpretasi gaya masing-masing, dari gaya minimal ke moden klasik lengkap dengan aksesori peribadi seperti rantai, kerongsang dan gaya hijab tersendiri.

“Apa yang kami lihat ialah bagaimana pelanggan menjadikan The Calanthe sebagai kanvas ekspresi diri mereka. Walaupun ia disebut baju awam di social media, pelanggan kami pertahankan kami di social media dan bangga memakainya, itu semangat yang kami ingin kekalkan, gaya yang buat anda rasa yakin dan bebas mengekspresikan diri,” jelas Dania.

Acara ulangtahun turut diserikan dengan kehadiran lebih 20 pempengaruh tempatan yang tampil bergaya dengan persalinan The Calanthe seiring dengan semangat komuniti pelanggan yang mereka wakili.

Sambutan #Somerset4fab x The Calanthe Movement bukan sahaja perayaan ulangtahun tetapi juga lambang kekuatan Bayu Somerset sebagai jenama yang diasaskan oleh label kecil dan kini dibina bersama pelanggan.

Komen
Loading...