Ikuti Kami:

Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

ALOR GAJAH: “Anak saya dibedung, disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal.”
Itu pendedahan bapa kepada bayi berusia lapan bulan yang maut ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, di sini pagi tadi.

Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, berkata, dia yang ketika itu sedang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi dihubungi oleh isterinya kira-kira pukul 9 pagi memaklumkan menerima panggilan daripada pihak taska bahawa anak tunggalnya tidak sedarkan diri.

Katanya, apabila isterinya Sabrina hakiem Zaini, 39, sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.

“Sudah 13 tahun kami tunggu untuk dapatkan anak pertama dan isteri saya juga sanggup cuti sebulan tanpa gaji untuk mengasuh anak kami, sebelum kami membuat keputusan mencuba untuk menghantar bayi kami di taska ini, yang terletak dalam kawasan rumah kami.

Mengulas lanjut katanya, dia ada bertanya kepada pihak taska namun mereka gagal memberi sebarang alasan, sebelum dia melihat sendiri rakaman CCTV.

“Saya mula-mula boleh terima kalau anak saya meninggal sebab tersedak susu atau jatuh sebab di luar kawalan… kita tidak tahu kan… tetapi saya terkejut apabila (rakaman) CCTV tunjuk semua benda (penderaan) ini dibuat sendiri oleh salah seorang pengasuh wanita berusia 34 tahun yang jaga dia.

Selain itu luahnya, dia tidak menyangka taska berkenaan tidak mempunyai lesen operasi yang sah memandangkan pusat asuhan itu sudah lebih empat tahun beroperasi di taman perumahan itu, selain tidak pernah berlaku kes seumpama itu.

Sumber
Astro Awani
Komen
Loading...