Ikuti Kami:

Basstamam Taruhan Pertama Syed Iqbal Trending Sebelum Pelancaran

Basstamam Taruhan Pertama Syed Iqbal Trending Sebelum Pelancaran

Penyanyi baharu Syed Iqbal tampil dengan lagu pertamanya berjudul Basstamam yang terus mendapat perhatian ramai di media sosial walaupun baru dilancarkan secara rasmi pada 30 Mei lalu.

Lagu Basstamam yang diterbitkan di bawah label Masyhur milik Universal Music Malaysia membawa mesej ketenangan dan harapan dalam menghadapi tekanan hidup.

Lagu ini sudah mencipta lebih 20 ribu ciptaan di TikTok dan lebih 2 ribu di Instagram. Peminat juga mencipta satu trend menarik dikenali sebagai Wahai Bulan Purnama yang menunjukkan perubahan positif dalam hidup masing masing.

Syed Iqbal berkata dia berasa gembira dan bersyukur kerana lagu pertamanya diterima dengan baik.

“Mula mula saya rasa takut sebab ini kali pertama saya masuk studio. Tapi lepas beberapa percubaan saya mula selesa dan akhirnya siap rakam lagu ini dalam masa dua jam sahaja,” katanya.

Lagu ini dicipta oleh Amir Hufaz dan Wan Saleh dengan lirik oleh Abdulkarim Al Ali dan Wan Saleh. Susunan muziknya tenang dan menyentuh perasaan sesuai untuk didengar ketika berehat atau berfikir tentang kehidupan.

Syed Iqbal berharap pendengar dapat merasai ketenangan melalui lagu ini.

Proses rakaman video muzik Basstamam juga memberi pengalaman bermakna buat Syed Iqbal.

“Kami perlu naik bukit dan mula shooting dari pagi sampai petang. Tapi dengan bantuan pasukan yang sangat baik semuanya berjalan lancar,” tambahnya.

Lagu ini dijangka terus mendapat tempat di hati pendengar yang mencari kedamaian dalam lagu.

Komen
Loading...