Niat seorang wanita berkongsikan pencapaian hidup di usia muda akhirnya membongkarkan kisah lama selepas netizen mendakwa beliau sebenarnya masih mempunyai hutang yang belum dibayar dari perniagaannya sebelum ini.
Terdahulu, wanita tersebut @RozmizaRozman membuat hantaran di Twitter berkongsikan gambar rumah dan kereta pertama miliknya sambil mengingatkan netizen agar tidak membandingkan pencapaian hidup mereka dengan orang lain.
Bagaimanapun, niatnya untuk berkongsikan pencapaiannya di usia muda menerima reaksi negatif daripada orang ramai yang membalas perkongsiannya itu.
Bukan sahaja mengatakan tindakannya itu sebenarnya cuba untuk membandingkan pencapaian, namun mereka mendakwa wanita tersebut sebenarnya masih mempunyai masalah hutang dengan pelanggannya sebelum ini yang mencecah ratusan ribu ringgit.
Wanita tersebut sebelum ini difahamkan pernah terlibat dalam perniagaan pre-order telefon pintar yang didakwa melibatkan jumlah hutang sehingga lebih RM200,000 sejak beberapa tahun lalu.
Oops👀 pic.twitter.com/gOJussSa4L
— nain (@ddzulkarnainn) June 14, 2020
Walaupun dikatakan cuba untuk membayar hutang tersebut sebanyak beberapa ratus ringgit sebulan kepada setiap pelanggan, namun netizen menjelaskan hutang-hutang tersebut masih belum dijelaskan walaupun ada yang sudah berlarutan sejak lima tahun lalu.
Menjawab dakwaan netizen Mimi Rozmiza Rozman melalui Facebooknya akhirnya mengakui perkara tersebut malam tadi.
Hutang tersebut menurutnya berlaku setelah dia ditipu sebuah syarikat gajet ketika menjadi ejen sewaktu masih berada di universiti.
“Masa tu bodoh, tak pikir langsung. Sekali tertipu.
“Tapi semua untung tu kakak dah refund balik sampai tak tinggal 1 sen pon dekat kakak dan bayar guna hasil titik peluh kakak selama ni bayar RM200 sebulan sehingga RM500 sebulan.
Malah dia juga difahamkan masih menunggu sehingga kini untuk ‘kes mahkamah’ berjalan bagi menegakkan keadilan buat mereka dan individu terbabit yang dikatakan bertanggungjawab mengenai perkara itu juga kini cuba mengelakkan daripada dihubungi pihaknya.
“Ada yang cakap gila mimi bayar RM500 sebulan, bukan kau buat pon.
“Its OK, itu urusan DIA dengan orang yang menganiaya. Kakak dekat sini cuma cuba buat yang terbaik,” jelasnya.