Ikuti Kami:

Baru Jadi ‘runner’, Sah Dijangkiti COVID-19 Selepas Disaring

Baru Jadi ‘runner’, Sah Dijangkiti  COVID-19 Selepas Disaring

Seperti sedia maklum, virus COVID-19 ini adalah merupakan wabak yang mudah merebak dan menjangkiti individu yang lain. Oleh itu, masyarakat disarankan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial dan memakai mask serta sarung tangan ketika berada di tempat awam.

Selain itu, individu-individu yang menjalankan perkhidmatan runner dan penghantaran makanan juga turut disarankan berhati-hati supaya tidak dijangkati wabak ini tanpa disedari.

Adik disahkah positif COVID-19!
Salah seorang pengguna laman Facebook, telah berkongsikan bahawa adiknya telah dijangkiti dan disahkan positif wabak COVID-19.

Agak mengejutkan, adiknya dikatakan tinggal dikawasan daerah Bentong walhal kawasan berkenaan bukanlah dalam kategori zon merah. Segala gejala jangkitan dan juga simptom COVID-19 dikatakan tidak ditonjolkan adiknya itu.

Kawasan yang rendah jangkitan pun mudah terkena

Menerusi laporan terperinci daripada berita harian, adiknya itu baru sahaja berjinak-jinak melaksanakan perkhidmatan runner di kawasan sekitar. Status kesihatan diketahui selepas adiknya itu menjalani ujian saringan untuk memohon sebagai penghantar makanan di daerah tersebut beberapa hari lepas.

Netizen turut mendoakan kesihatan

Kini, adiknya telah masukkan dan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Sumber: Facebook, Rosilawati Rosedi (Sinar Harian)

Komen
Loading...