Ikuti Kami:

Bapa Khabib Nurmagomedov Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Bapa Khabib Nurmagomedov Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Bapa kepada bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov meninggal dunia di hospital di Moscow semalam selepas dilaporkan mengalami komplikasi akibat dijangkiti COVID-19.

Menurut laporan portal antarabangsa RT News, Abdulmanap, 57, yang juga merupakan jurulatih lagenda itu terkena serangan jantung selepas disahkan dijangkiti wabak itu yang memerlukan beliau melakukan pembedahan.

Berdasarkan laporan doktor, keadaannya pada awalnya didapati serius tetapi stabil, namun beliau tidak dapat bertahan ekoran jangkitan wabak tersebut

“Abdulmanap mengalami masalah serius membabitkan jantung dan otak. Pihak doktor berjaya merawat jantungnya tetapi tidak otaknya, jadi dia tidak sedar daripada koma.”

Khabib juga pernah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang ahli gusti veteran sepanjang kariernya.

Abdulmanap telah menukarkan sebahagian daripada kawasan rumahnya kepada gimnasium di mana Khabib belajar untuk bergusti sebelum membuat debut pertamanya di gelanggang.

Kerana kejayaan Khabib, dia diangkat sebagai jurulatih terkenal di negaranya dan meraih gelaran bapa sukan MMA di Dagestan.

Komen
Loading...