Ikuti Kami:

Banyak Terima Mesej Minta Bantuan, Hafiz Hamidun Kumpul Dana Bantu Golongan Susah

Banyak Terima Mesej Minta Bantuan, Hafiz Hamidun Kumpul Dana Bantu Golongan Susah

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan dirinya tidak putus menerima mesej peribadi daripada golongan yang memerlukan kerana ini memohon pertolongan.

Kata Hafiz, dirinya hanya mampu membantu setakat yang boleh sahaja malah berharap agar ramai lagi dalam kalangan manusia menghulurkan sumbangan kepada insan yang kurang bernasib baik seperti yang dimaksudkan.

“Kalau anda semua nak tolong, sama, seringgit dua seikhlasnya, anda boleh bagi derma itu menerusi akaun saya jadi saya boleh serahkan duit itu kepada siapa yang memerlukan.”

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah muat naik di laman Instagramnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, Hafiz turut mengingatkan orang ramai supaya tidak berprasangka buruk terhadap tindakan yang dilakukannya itu.

BACA : Pemuda ini Terkejut Warga Asing Tolak Bantuan, Nak Seorang Satu

Hal ini kerana, beliau hanya seakan menyeru kepada pengikutnya supaya melakukan kebaikan semata-mata. Malah, menegaskan kepada golongan yang tidak mahu bantu supaya segera mempedulikan kenyataanya itu.

Meskipun berniat melaukan perkara yang baik, namun Hafiz juga dilihat tidak segan untuk tampil memohon maaf andai perbuatannya itu tidak disenangi ramai.

BACA : Hafiz Hamidun Nafi Ade Kaitan Iklan Forex – “Pakai Sebat Je Gambar Raya Aku”

Komen
Loading...