Ikuti Kami:

“Banyak Dah Bakar Gambar Lama” – Lisdawati Mohon Maaf Tak Siarkan Gambar Lama Yang di”Throwback” Oleh Peminat

“Banyak Dah Bakar Gambar Lama” – Lisdawati Mohon Maaf Tak Siarkan Gambar Lama Yang di”Throwback” Oleh Peminat

Pelakon Lisdawati memohon maaf jika tidak melayani peminat yang mengimbau semula gambar-gambar lama beliau ketika tidak bertudung, mengakui itu adalah gambar atau video ketika zaman ‘jahil’ dan sudah membakarnya.

“Teringat pada beberapa peminat yg paparkan trowback gambar lama sy.. Sy mohon maaf sgt2 dan minta tidak disiarkan gambar sy yg lama.”

Pun begitu, sepertinya dia tidak dapat lari daripada kisah lama apabila ada sahaja keratan gambar lama yang masih wujud walaupun banyak yang sudah dihapuskannya.

“Banyak gambar lama yang saya sudah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yang terselit.”

Malahan Lisdawati turut memohon agar peminat supaya berhenti menyebarkan gambar lamanya. Katanya lagi, diharapkan mereka hanya simpan sahaja gambar berkenaan dan kalau mahu menyiarkan kepada tontonan umum, mestilah diconteng terlebih dahulu untuk menutup apa yang patut.

Pelakon ini juga turut berkata bahawa sekiranya mampu, dia mahu memadam kesemua gambar dan video yang menonjolkan auratnya.

“Kalau mampu nak saja saya padam semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Setiap berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan,” tulisnya di laman Instagram beliau.

Mula mengenakan tudung pada 2013, Lisdawati hanya mampu berdoa agar segala dosa lamanya diampuni Allah SWT.

Foto : Instagram Lisdawati

Komen
Loading...