Baby Shima Kesian Abang Bas Ditahan – “Nampak Ikhlas Sayang Budak-Budak..”
- oleh Mohd Indera
- 2 bulan lalu
Baru-baru ini, penyanyi dangdut dikenali ramai, Baby Shima meluahkan rasa kesian terhadap abang bas yang ditahan oleh pihak polis selepas konten yang dimuat naik di platform TikTok memaparkan murid sekolah serta kapsyen yang tidak sesuai.
Kata Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, dia bersimpati atas nasib abang bas terbabit yang ditahan susulan kontennya ditularkan di setiap platform media sosial.
“Cuma nak cakap kesian abang bas ni, nampak ikhlas sayang budak-budak tu macam adik-adik dia”
Dalam pada itu, penyanyi terbabit turun berkata dia melihat keikhlasan pemandu bas tersebut melayan murid sekolah yang menaiki basnya.
Komen yang ditinggalkan oleh Baby Shima itu telah meraih perhatian dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna TikTok.