Ikuti Kami:

BAALE Janji Momen Istimewa di Zepp KL Menerusi Konsert FORTUNA

BAALE Janji Momen Istimewa di Zepp KL Menerusi Konsert FORTUNA

Penyanyi dan pelakon dari Indonesia, Iqbaal Ramadhan, akan tampil buat pertama kali di Malaysia sebagai penyanyi solo dengan nama BAALE menerusi konsert BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur.

Konsert ini akan berlangsung pada 15 Jun 2025, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh Miebird Projects.

Iqbaal, yang dulu dikenali sebagai ahli kumpulan Coboy Junior dan pelakon utama filem Dilan 1990, kini kembali dengan muzik baharu melalui projek solo bernama BAALE. Beliau juga pernah menyanyikan lagu “Rindu Sendiri” untuk filem tersebut.

Pada Mei 2024, BAALE melancarkan album pertamanya yang berjudul FORTUNA. Album ini mempunyai 11 lagu dengan gaya muzik BritPop yang menceritakan tentang kisah hidup, kesunyian dan impian zaman remaja Iqbaal.

“Saya sangat gembira kerana akhirnya dapat datang ke Malaysia sebagai BAALE. Saya harap peminat dapat rasa keikhlasan saya melalui lagu-lagu dalam FORTUNA,” kata Iqbaal.

Penganjur konsert, Idreez. J dari Miebird Projects, berkata konsert ini adalah peluang istimewa untuk peminat di Malaysia.

“Peminat selama ini hanya dengar lagu BAALE di Spotify atau tonton video muzik di media sosial. Kini mereka boleh nikmati persembahan secara langsung di depan mata,” katanya.

Tiket konsert dijual pada harga antara RM198 hingga RM398 dan boleh dibeli melalui laman web www.ilassotickets.com.

Komen
Loading...