Ikuti Kami:

Ayda Jebat Kongsi “Moment” Majlis Pertunangan

Ayda Jebat Kongsi “Moment” Majlis Pertunangan

Meskipun musim PKP, ini tidak menghalang selebriti bahagia, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengadakan majlis pertunangan secara online pada bulan 28 April lalu.

Ayda Jebat dilamar pada hari jadinya, 17 Mac lalu manakala tarikh bahagia pertunangan mereka pula diadakan pada hari ulang tahun kelahiran Nabil Mahir.

Berkongsi bersama peminat, Ayda Jebat memuat naik video menerusi laman YouTube milik mereka yang diberi nama Wuvv Show moment bahagia mereka bersama di channel YouTube berkenaan.

Menerusi perkongsian berkenaan, peminat dan rakan-rakan selebriti tidak henti-henti mengucapkan tahniah buatnya dan dalam pada masa yang sama turut mendoakan selebriti ini dan jejaka pilihannya itu agar urusan mereka juga dipermudahkan sehingga ke hari perkahwinan mereka pula.

Sebelum ini, Ayda Jebat juga ada berkongsikan video penuhnya ketika dilamar jejaka pilihannya itu dan dia turut ada berkongsikan saat-saat bertunang kepada orang ramai.

Foto: Instagram Ayda Jebat

Komen

Loading...