AURUM GOLD Sedia Revolusikan Ekosistem Emas Moden Negara
- oleh MDaily Editor
- 17 May 2026 10:33 pm
Industri pelaburan dan simpanan logam berharga negara bakal berwajah baru dengan kemunculan AURUM GOLD, sebuah platform ekosistem emas moden yang membawa misi merevolusikan pasaran tempatan ke peringkat global.
AURUM GOLD menawarkan aktiviti jual beli emas biasa, malah memperkenalkan satu ekosistem menyeluruh yang menggabungkan perkhidmatan beli balik (buy back), pertukaran barang kemas (trade-in), serta perlindungan nilai aset dalam satu bumbung.
Langkah inovatif ini dilihat bertepatan dengan peningkatan permintaan masyarakat terhadap aset selamat (safe-haven) dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi semasa.
Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj selaku Co-Founder & Pengerusi AURUM GOLD menegaskan bahawa jenama ini dibina atas satu prinsip paling utama iaitu kepercayaan pelanggan.
Menerusi slogan rasmi, “Built on Trust. Backed by Real Gold”, syarikat komited memastikan setiap transaksi disandarkan dengan fizikal emas yang tulen dan telus.

“AURUM GOLD percaya bahawa emas bukan sekadar instrumen simpanan pasif, tetapi ia merupakan simbol kestabilan kewangan dan pemeliharaan nilai sebenar demi jaminan masa depan,” katanya semasa berucap di Majlis Exclusive Soft Launch AURUM GOLD yang berlangsung di Shah Alam, di sini, hari ini.
Dengan berbekalkan model perniagaan yang dinamik dan patuh trend semasa, AURUM GOLD kini bersedia untuk melangkah lebih jauh.
Syarikat bukan sahaja menyasarkan untuk menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia, malah mempunyai pelan perancangan strategik untuk mengembangkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa.
Siri jelajah dan pengenalan platform ini dijangka akan dipergiatkan dalam masa terdekat bagi memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat memahami kepentingan perlindungan aset melalui ekosistem emas moden yang diperkenalkan oleh AURUM GOLD.
Majlis pelancaran eksklusif yang dihadiri oleh barisan usahawan terkemuka dan jemputan khas itu disifatkan sebagai batu lonjakan awal kepada fasa perancangan yang lebih besar buat syarikat untuk membina jenama bertaraf global dari Malaysia.
