Ikuti Kami:

Atuk Berusia 74 tahun Hidup Sebatang Kara

Atuk Berusia 74 tahun Hidup Sebatang Kara

Sepanjang PKP ini berlangsung, golongan ‘kais pagi makan pagi’ adalah antara kelompok yang terjejas mata pencariannya. Namun, pelbagai jenis bantuan telah disalurkan kepada golongan ini sama ada melalui pihak kerajaan ataupun insan-insan yang prihatin terhadap nasib mereka.

Di Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Nor telah memuat naik sedikit kisah hidup warga emas yang dilihat sememangnya layak untuk diberikan bantuan yang sewajarnya.

Tiada pendapatan, hidup sebatang kara
Menurut sumber, warga emas yang dikenali sebagai Tok Wan berusia 74 tahun ini, tidak mempunyai keluarga dan hanya tinggal seorang diri. Tok Wan dikatakan sudah hilang punca pendapatan sejak awal tahun ini.

Gaji terakhir yang diterima Tok Wan pada Januari lalu hanya mampu sekadar meraih RM350 sahaja sebagai pekerja kuari pasir.

“Dok tempat tinggal yang disediakan majikan”
Tok Wan dikatakan menumpang di rumah yang disediakan oleh majikannya sahaja. Dia kini tidak mempunyai sebarang pendapatan dan hidup dengan ihsan masyarakat setempat.

Nasib Tok Wan raih simpati orang…
Di ruangan komen, ramai yang dilihat menzahirkan perasaan sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini. Tok Wan dikatakan menetap di Kampung Perak berdekatan dengan tokong cina.

“Anak2 tiada, sini tak ada sesiapa…”

Lelaki ini berharap agar pihak berwajib boleh bertindak dengan segera dan memberikan pertolongan yang sepatutnya. Orang ramai juga diseru untuk memberikan sumbangan kepada Tok Wan mengikut kemampuan masing-masing.

Komen
Loading...