Ikuti Kami:

Ashraf Muslim Bertadarus Bersama Pesakit COVID-19 Isi Masa Lapang

Ashraf Muslim Bertadarus Bersama Pesakit COVID-19 Isi Masa Lapang

Umum sedia maklum bahawa pelakon Ashraf Muslim telah disahkan positif Covid-19 dan mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Dia juga memaklumkan bahawa menyambut puasa di sana bersama para pesakit yang lain. Ashraf turut memuat naik aktivitinya sepanjang dikuarantin di dalam wad sejak hari pertama di sana.

Tadarus bersama
Menurut pelakon tersebut, bulan puasanya dipenuhi dengan aktiviti bertadarus dan menunaikan solat terawih secara berjemaah bersama pesakit lain dengan jarak yang mengikut SOP.

Isi masa terluang dengan pesakit lain
Tambah Ashraf lagi, kehidupan mereka yang jauh dengan keluarga ketika Ramadan ini sedikit terisi apabila bersama-sama berkongsi kisah nabi, bertadarus dan lebih banyak melakukan ibadah sepanjang dikuarantin.

Hal ini menjawab beberapa pertanyaan daripada netizen kepadanya berkenaan aktiviti yang dilakukan semasa sedang dirawat sebagai pesakit Covid-19.

Inn shaa Allah diberi kesembuhan oleh Allah
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan posting Ashraf Muslim. Mereka mendoakan agar pelakon itu lekas sembuh dan bebas daripada pendemik yang merbahaya ini.

Semoga cepat sembuh

Dah nampak lebih sihat

Sumber : Ashraf Muslim

Komen
Loading...