Ikuti Kami:

Arora Skincare Kukuhkan Jenama, Lancar Serentak Lima Cawangan Arora Beauty Spa

Arora Skincare Kukuhkan Jenama, Lancar Serentak Lima Cawangan Arora Beauty Spa

Selepas lebih lima tahun membina reputasi kukuh dalam pasaran penjagaan kulit tempatan, Arora Skincare kini mengorak langkah strategik dengan pelancaran serentak lima cawangan Arora Beauty Spa, bermula dengan ibu pejabatnya (HQ) di sini hari ini.

Pembukaan serentak itu turut melibatkan cawangan di Ipoh, Manjung, Seberang Jaya dan Cyberjaya, sekali gus menandakan transformasi jenama tersebut daripada sekadar pengeluar produk kepada penyedia solusi kecantikan holistik bertaraf antarabangsa.

Pengasas Arora Skincare dan Arora Beauty Spa, Puan Shahirra Shahrul Asmawi, atau lebih dikenali sebagai Ira Shahrul berkata, pengenalan rangkaian spa ini adalah jawapan kepada permintaan tinggi pelanggan yang mahukan rawatan profesional bagi menyokong keberkesanan produk sedia ada.

“Kami tidak hanya menjual produk, tetapi kini menyediakan perkhidmatan rawatan wajah profesional yang menggunakan 100 peratus bahan daripada rangkaian Arora sendiri bagi memastikan tiada masalah kulit berulang atau ‘breakout’ berlaku kepada pelanggan.

“Di Arora Beauty Spa, kami memperkenalkan konsep berbeza di mana pelanggan diberi kebebasan memilih servis mengikut bajet dan keperluan kulit mereka tanpa terikat dengan pakej berkala yang membebankan,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran tersebut.

Mengulas mengenai kekuatan jenama yang mampu bertahan melebihi lima tahun dalam industri yang kompetitif, Ira yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam kejuruteraan awam menjelaskan bahawa kualiti formulasi adalah kunci utama.

Teknologi Tinggi: Produk Arora dihasilkan oleh pakar bioteknologi berpengalaman 20 tahun dan menjalani ujian makmal yang ketat, termasuk pendaftaran KKM dan ujian SIRIM.

Bahan Semulajadi: Formulasi Arora adalah 100 peratus berasaskan tumbuhan, termasuk penggunaan bahan aktif unik daripada sumber seperti tebu.

Analisis Kulit: Setiap rawatan di spa akan menggunakan mesin penganalisis wajah (face analyzer) bagi membantu pelanggan memahami status kesihatan kulit mereka secara mendalam.

Sementara itu, Arora Skincare menyasarkan nilai jualan sebanyak RM20 juta bagi tahun ini, didorong oleh pembukaan cawangan baharu dan permintaan konsisten terhadap produk ‘killer’ mereka, Arora Ampoule Beauty Booster, yang menyumbang 95 peratus kepada keseluruhan jualan syarikat.

Syarikat di bawah naungan Rosierra Global Sdn Bhd ini juga merancang untuk menambah 10 lagi cawangan spa pada tahun ini bagi mencapai sasaran keseluruhan 15 cawangan di seluruh negara.

“Selain pengembangan domestik, kami juga sedang dalam proses meneliti permintaan pengedar dari luar negara termasuk Brunei dan Nigeria yang menunjukkan minat tinggi terhadap keberkesanan produk kami,” tambah beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arora Skincare, Tuan Rashid Omar, serta barisan rakan strategik dan pelanggan setia jenama berkenaan.

Komen
Loading...