Ikuti Kami:

Arab Saudi Hentikan Perintah Berkurung, Kecuali Mekah

Arab Saudi Hentikan Perintah Berkurung, Kecuali Mekah

Setelah lebih dari 2 bulan menguatkuasakan Perintah Berkurung di Arab Saudi, mereka bakal mengurangkan sekatan pergerakan secara berperingkat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pengurangan sekatan di kota suci Mekah akan dimulakan dalam 3 fasa bermula 21 Jun.

Menurut Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi, bermula 30 Mei pergerakan bebas akan dibenarkan, tetapi hanya dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

Namun demikian, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan penerbangan domestik untuk beroperasi. Penerbangan Antarabangsa masih dilarang buat masa sekarang.

Masjid-masjid di Mekah pula hanya akan dibuka untuk jemaah bermula 21 Jun ini.

Umum diketahui bahawa antara sumber ekonomi utama Arab Saudi adalah ibadah Haji dan Umrah yang dianggar menyumbang sebanyak USD 12 billion setahun.

Namun masih lagi tiada pengumuman rasmi tentang kebenaran mengerjakan ibadah haji.

Negara pengeluar minyak itu telah merekodkan sebanyak 74,795 kes COVID-19 dan telah mencatatkan 399 kematian.

Komen
Loading...