PUTRAJAYA, 21 April – Keupayaan dan kelancaran tadbir urus merupakan elemen terpenting, dalam membendung penyebaran COVID-19.
Atas dasar itu, kerajaan melancarkan aplikasi MySejahtera, untuk memastikan keberkesanan pengurusan penularan virus berkenaan dalam negara.
Ia setanding dengan aplikasi yang digunapakai negara maju.
Aplikasi MySejahtera dibangunkan menerusi kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Juga, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Majlis Keselamatan Negara serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.
Beliau berucap pada Majlis Pra Pelancaran Aplikasi MySejahtera di Putrajaya.
Aplikasi dimuat turun secara percuma itu juga antara lain membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan COVID-19, panduan melakukan penilaian kesihatan kendiri dan mengenalpasti lokasi hot-spot COVID-19
MySejahtera dari Google Play Store