Tempoh permohonan dilanjutkan. Tiada rentas negeri dari 1 Mei hingga 3 Mei.
Seperti semua sedia maklum, permohonan bagi Permit Pergerakan Rentas Negeri sudah pun boleh dipohon bermula hari ini melalui aplikasi mudah alih “Gerak Malaysia” Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Walaubagaimanpun, mungkin terdapat beberapa kekeliruan atau persoalan yang tidak jelas berkaitan permit tersebut.
Berikut adalah jawapan bagi menjawab beberapa kemusykilan tentang Permit Pergerakan Rentas Negeri:-
1. Antara soalan popular yang banyak ditanya netizen adalah, bolehkah mereka balik ke kampung untuk mengambil anak dan isteri kemudian pulang ke rumah semula?
Jawapan – Untuk makluman. Tidak dibenarkan. Perjalanan adalah satu kali perjalanan bermaksud satu hala sahaja. Jika anda balik ke kampung anda tidak boleh balik semula ke rumah anda.
2. Bolehkah anda mengunakan telefon orang lain untuk mendaftar?
Jawapan – TIDAK BOLEH. Anda adalah tidak digalakkan atau disyorkan untuk berbuat demikian. Tujuan aplikasi ini adalah untuk mengesan nombor telefon bimbit individu. Dengan menggunakan nombor telefon bimbit orang lain, ia menidakkan tujuan sebenar aplikasi ini.
3. Kemas kini aplikasi GERAK Malaysia
Pengguna perlu mengemas kini aplikasi GERAK Malaysia kepada versi terkini bagi membolehkan anda membuat permohonan rentas negeri melalui aplikasi tersebut.
Versi terkini aplikasi GERAK Malaysia bagi pengguna peranti iOS (iPhone, iPad) adalah versi 1.3.
Manakala versi terkini aplikasi GERAK Malaysia bagi pengguna peranti Android pula adalah versi 1.5.42.
4. Residential Address
Residential Address adalah merujuk kepada alamat tempat tinggal yang hendak dituju. Bermakna rumah tempat tinggal tetap anda. (Bukan alamat balik kampung anda).
5. Aktifkan GPS
Pemohon juga wajib sentiasa mengaktifkan tetapan GPS pada peranti pintar jika ingin permohonan mereka diluluskan.
6. Tiada perjalanan rentas negeri dari 1 hingga 3 Mei 2020
Dalam makluman kepada pihak media oleh Menteri kanan untuk kluster keselamatan, Ismail Sabri Yaakob hari ini menjelaskan, tiada perjalanan rentas negeri pada 1 hingga 3 Mei ini.
Sebaliknya, semua permohonan untuk perjalanan rentas negeri akan diteliti mulai 1 Mei nanti. Kemudian barulah kerajaan akan menetapkan perjalanan yang boleh dilakukan.
Ini bermakna, belum ada lagi tarikh tepat diputuskan Kerajaan bila perjalanan rentas negeri ini dibolehkan.
7. Tempoh permohonan dilanjutkan
Susulan daripada tiada keputusan tarikh untuk membenarkan perjalanan rentas negeri dibuat, Kerajaan memaklumkan tempoh permohonan bagi permit rentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia telah dilanjutkan sehingga 1 Mei 2020.
“Sebenarnya, seperti yang saya sebutkan bahawa, sehingga 1 hari bulan tersebut (1 Mei 2020) adalah tempoh pendaftaran. Pendaftaran boleh dibuat melalui online iaitu app Gerak Malaysia dan sesiapa yang tidak mempunyai app tersebut boleh melaporkan (membuat permohonan) ke balai-balai polis berdekatan melalui temu janji.” Menteri kanan untuk kluster keselamatan, Ismail Sabri Yaakob menjawab kekeliruan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM awal pagi hari ini.
Jika anda menghadapi masalah teknikal, anda boleh hubungi pihak aplikasi Gerak Malaysia di :
• [email protected]
• [email protected]
• [email protected]
• [email protected]
• [email protected]
(Berkenaan perkara hubungi pihak aplikasi Gerak Malaysia bagi mendapatkan bantuan, hanya di atas sahaja yang diberikan setakat ini. Tiada sebarang nombor telefon diberikan. Artikel akan dikemas kini kemudian jika ada.)
Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.gov.mcmc.projectcatur&hl=en
Apple Apps Store : https://apps.apple.com/my/app/gerak-malaysia/id1505689549
Sumber: Malaysia Government Call Centre dan Majlis Keselamatan Negara