Anugerah Melodi Terhangat 2025: Kuasa Di Tangan Peminat, Undi Sekarang!
- oleh Mohd Indera
- 8 Jul 2025 10:53 am

Peminat kini menjadi kuasa sebenar yang menentukan hala tuju dunia hiburan menerusi penganjuran semula Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) yang tampil dengan wajah baharu, konsep segar dan semangat digital sepenuhnya.
Berbeza dengan penganugerahan hiburan konvensional, AMT 2025 memberikan 100 peratus kuasa kepada peminat menerusi sistem undian awam di platform Tonton, menjadikan setiap kategori ditentukan sepenuhnya oleh suara rakyat. Undian telah pun dibuka dan akan berlangsung hingga 31 Julai 2025.
Dengan tema “Hangat Bukan Beshe-Beshe”, anugerah kali ini mengetengahkan selebriti, karya dan personaliti yang bukan sahaja popular tetapi memberi impak nyata dalam dunia digital dan sosial.
Kuasa undi bergantung pada pelan langganan TontonUP iaitu satu bulan bersamaan 500 undian manakala langganan tiga bulan memberi akses kepada 2,500 undian.
Antara kategori baharu yang diperkenalkan termasuk Selebriti Drama Sangat Terhangat, Tonton Original Terhangat, Selebriti Ikon Terhangat
Dikuasai oleh Samsung Galaxy, Selebriti Couple Goals Terhangat, Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat, Selebriti Trending Terhangat, Selebriti Stailo Terhangat dan Selebriti Newcomer Terhangat.
Kesemua kategori ini mencerminkan peralihan pengaruh dari kaca TV ke skrin telefon pintar dan dari pentas ke platform digital.
Dalam pada itu, PROTON selaku Rakan Kereta Rasmi dan Penaja Bersama turut memperkenalkan Anugerah Pilihan X50 Superstar yang memberi peluang kepada selebriti dan pencipta kandungan untuk menghasilkan video paling kreatif bersama All-New PROTON X50.
Tempoh penyertaan bermula 5 hingga 26 Julai 2025 dengan hadiah utama berupa sebuah kereta X50 baharu.
Malam kemuncak AMT 2025 bakal menobatkan penerima Anugerah Melodi Terhangat (Ultimate Award) iaitu figura paling berpengaruh sepanjang tahun berdasarkan momen tular, impak positif dan sokongan peminat.
Ia adalah anugerah tertinggi yang menjadi simbol penghargaan kepada individu yang benar-benar memberi kesan dalam industri hiburan.
“Dengan 100% undian awam, AMT 2025 adalah tentang siapa yang benar-benar dihargai rakyat,” kata wakil produksi Melodi.
Peminat kini boleh mengundi selebriti kegemaran mereka di laman rasmi www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat.
Setiap undi membawa makna besar, bukan sekadar pengiktirafan tetapi lambang sokongan terhadap bintang yang mencorakkan hiburan Malaysia hari ini.