Ikuti Kami:

Anker Perkenal Powerbank Laptop dan Siri Nano Baharu dengan Kabel Boleh Tarik

Anker Perkenal Powerbank Laptop dan Siri Nano Baharu dengan Kabel Boleh Tarik

Anker, peneraju global dalam teknologi pengecasan, hari ini memperkenalkan barisan terbaharu siri Nano bersama dengan Powerbank Laptop Anker.

Barisan produk ini direka khusus untuk pengecasan pantas dalam pakej yang sangat ringkas, bersesuaian dengan gaya hidup sibuk dan sentiasa bergerak.

Inovasi utama dalam barisan produk ini adalah tumpuan kepada kemudahan penggunaan, menampilkan kabel boleh tarik (retractable cables) yang tahan lasak, kelajuan wayarles Qi2 generasi seterusnya, dan kecekapan GaN yang beroperasi pada suhu rendah.

Tujuannya adalah untuk memastikan semua peranti, daripada MacBook Air dan iPhone 16 hinggalah kepada tablet, dron, dan kamera, kekal bertenaga tanpa kekusutan kabel.

Produk tumpuan, Anker Laptop Powerbank (A1695), dipasarkan sebagai ‘stesen kuasa mudah alih’ yang sempurna untuk perjalanan kerja atau percutian hujung minggu.

Ia menggabungkan bateri berkapasiti besar 25,000mAh dengan pengecasan pantas 165W 4-port, membolehkan pengguna mengecas empat peranti serentak.

Dengan dwi-kabel USB-C terbina yang tahan lama, Powerbank ini mampu menyokong sehingga 100W, membolehkan pengecasan MacBook Air (M3) sehingga 50 peratus dalam hanya 21 minit.

Powerbank ini menyelesaikan masalah kekusutan kabel dengan dua kabel USB-C terbina: kabel pendek 30cm untuk pengisian ringkas dan kabel boleh tarik 70cm yang boleh ditarik balik sepenuhnya untuk simpanan yang kemas.

Ia juga dilengkapi skrin warna TFT pintar yang memaparkan data masa nyata seperti kuasa output, suhu powerbank, dan anggaran masa pengecasan.

Dengan kapasiti yang diluluskan untuk penerbangan, Anker Laptop Powerbank (A1695) boleh didapati dalam warna Hitam dan Kelabu, dijual pada harga runcit RM399.

Dalam siri Nano, Anker Nano Retractable Powerbank (A1638) direka untuk fleksibiliti poket. Ia menampilkan kabel boleh tarik ultra-panjang 70cm dan badan yang sangat padat, namun mampu memberikan pengecasan pantas maksimum 45W.

Kapasiti 10,000mAh dan tiga port (2x USB-C, 1x USB-A) membolehkan pengecasan sehingga tiga peranti serentak, dengan harga runcit RM209.

Sementara itu, Anker Nano Wireless Powerbank (A1665) menawarkan kelajuan wayarles Qi2 Ultra-Fast 15W dalam badan bersaiz kad kredit.

Ia dilengkapi ciri kawalan suhu pintar dan merupakan penyelesaian tanpa kabel yang anggun untuk siri iPhone 12 hingga 17. Powerbank ini berharga RM199.

Anker juga memperkenalkan Anker Nano Retractable Car Charger (A2738) dengan kabel boleh tarik bebas serabut dan pengecasan pantas dwi-port sehingga 75W (RM79), serta Anker Nano 45W Charger (A2692), pengecas dinding kompak dengan palam boleh lipat yang menyokong PowerIQ™ 3.0 dan PPS (RM99).

Semua peranti baharu ini menekankan kelajuan, keselamatan melalui teknologi seperti Anker ActiveShield™ 2.0 dan 3.0, serta kesederhanaan untuk pengalaman pengecasan yang lancar di mana sahaja pengguna berada.

Komen
Loading...