Anker Perkenal Anker Prime Smart Display, Pengecas Pintar 160W
- oleh MDaily Editor
- 25 Feb 2026 12:44 pm
Anker, jenama peneraju teknologi pengecasan nombor satu dunia, mengukuhkan kedudukannya di pasaran Malaysia dengan melancarkan barisan pengecas pintar terbaharu yang diterajui oleh produk mercu, Anker Prime Smart Display Charger (160W).
Produk yang diiktiraf sebagai CES 2026 Innovation Awards Honoree itu merupakan pengecas paling canggih setakat ini, menggabungkan kuasa tinggi dengan paparan maklumat pintar dalam satu peranti kompak.
Keunikan utama siri Anker Prime ini terletak pada teknologi PowerIQ™ 5.0 yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).
Teknologi ini berfungsi mengoptimumkan pengagihan kuasa secara automatik mengikut keperluan peranti yang disambungkan, sekali gus memastikan kecekapan maksimum dan keselamatan bateri.
Sesuai dengan slogan “See your power, Trust your Charge”, peranti ini dilengkapi skrin paparan masa nyata yang menunjukkan output kuasa, suhu, dan status pengecasan bagi memudahkan pengguna memantau prestasi peranti mereka secara terus.
Walaupun memiliki keupayaan 160W dengan tiga port USB-C, Anker Prime Smart Display ini hanya seberat 220 gram dan 43 peratus lebih kecil berbanding pengecas 140W standard Apple.
Saiznya yang sebesar bekas simpanan AirPods menjadikannya penyelesaian ideal bagi golongan profesional dan pencipta kandungan yang sering bergerak.
Selain itu, aspek keselamatan turut dipertingkatkan menerusi sistem ActiveShield™ 4.0 yang memantau suhu secara berterusan bagi mengelakkan pemanasan melampau.
Melengkapi barisan baharu ini, Anker turut memperkenalkan Anker Nano Smart Display Charger (100W) yang menawarkan prestasi stabil walaupun selepas 50 minit penggunaan berterusan tanpa penurunan kuasa (downclocking).
Ia juga menyokong protokol pengecasan pantas 90W untuk peranti Xiaomi.
Bagi mereka yang memerlukan kuasa mudah alih, Anker turut membawakan varian Anker Prime Powerbank 300W dan 220W, serta Anker Nano Laptop Powerbank (165W) yang dilengkapi kabel USB-C boleh ditarik (retractable).
Barisan produk terbaharu ini boleh dibeli bermula 25 Februari 2026 melalui platform e-dagang rasmi di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop.
Senarai Harga:
– Anker Prime Smart Display Charger (160W): RM489
– Anker Nano Smart Display Charger (100W): RM229




