Ikuti Kami:

Anime Fantasia Live RWG Buka Tirai 2026: Peminat Disajikan Konsert Airi Suzuki, noa & KLP48

Anime Fantasia Live RWG Buka Tirai 2026: Peminat Disajikan Konsert Airi Suzuki, noa & KLP48

Resorts World Genting (RWG) bakal menjadi destinasi otaku yang paling dinantikan hujung tahun ini apabila menganjurkan perayaan anime dan budaya pop yang penuh bertenaga, Anime Fantasia Live di RWG, dari 29 Disember 2025 hingga 3 Januari 2026.

Kemuncak sambutan enam hari ini adalah konsert besar-besaran yang akan menghimpunkan tiga bintang J-Pop di satu pentas pada 3 Januari 2026, di Arena of Stars.

Konsert tersebut menampilkan ikon J-Pop, Airi Suzuki, penyanyi-penulis lagu Gen-Z yang sedang meningkat naik, noa (乃紫), dan kumpulan idol antarabangsa pertama Malaysia, KLP48.

Sepanjang enam hari festival, peminat akan disajikan dengan pengalaman festival yang memukau, merangkumi reruai pameran ACG, jualan barangan rasmi, pertandingan cosplay harian, permainan mini, sesi bertemu peminat, dan pelbagai aktiviti menarik.

Airi Suzuki yang terkenal menerusi penglibatannya dalam Hello! Project Kids, °C-ute, dan Buono! sebelum memulakan kerjaya solo yang cemerlang, dijangka menjadi detik paling dinantikan oleh peminat di Malaysia.

Turut menyerikan pentas ialah noa, yang meraih populariti melalui lagu-lagu hasil produksi sendiri seperti Any angle (全方向美少女). Persembahannya di RWG bakal membawa gabungan keunikan dan daya tarikan J-pop moden kepada penonton Malaysia buat julung kalinya.

Sementara itu, KLP48, kumpulan idol antarabangsa pertama Malaysia dalam rangkaian global AKB48, bakal tampil dengan persembahan bertenaga serta pelancaran lagu ikonik Heavy Rotation.

Persembahan Tahun Baharu mereka dijangka membawa aura idol yang ceria, selaras dengan legasi kumpulan 48 di seluruh dunia.

Gabungan ketiga-tiga artis ini menjanjikan malam penuh keterujaan yang meraikan muzik dan budaya pop, menggabungkan semangat idol, J-pop kontemporari, dan jiwa muda komuniti anime.

Tiket konsert berharga RM258 (VIP/Zon Berdiri), RM288 (VIP/Zon Tempat Duduk), dan RM228 (PS1), tidak termasuk caj pemprosesan RM4. Jualan umum akan dibuka pada 2 Disember 2025, jam 12 tengah hari, di mana ahli GRC Gold dan ke atas boleh menikmati diskaun eksklusif 10% bagi semua kategori.

Untuk pembelian tiket atau maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari rwgenting.com atau mengikuti platform media rasmi Resorts World Genting.

Komen
Loading...