Anggota Polis Buat Kejutan Kepada Ibunya Setelah 9 Bulan Terpisah
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, seorang lelaki dipercayai seorang anggota polis menanggung rindu selama 9 bulan sebelum dapat bertemu mata dengan ibunya.
Klip video berdurasi 2 minit 19 saat berkenaan dimuatnaik di Instagram Friends of PDRM mendapat lebih 60 ribu tontonan dalam masa beberapa jam.
Pemuda itu pada mulanya berlakon mahu menjadi pembeli di gerai nasi lemak ibunya sambil dirakam video oleh seorang lagi rakan.
“6 bulan dalam Pusat Latihan, 3 bulan PKP, tak dapat jumpa Mak dan family.. Sekali dia buat surprise datang gerai nasi Lemak Mak dia..
“Siapa yang belum dapat jumpa Mak Ayah lagi boleh la Video call sekarang. Hargai dan kasihilah selagi mereka ada..”
LEPAS 9 BULAN TAK JUMPA MAK DAN FAMILY
6 bulan dalam Pusat Latihan, 3 bulan PKP, tak dapat jumpa Mak dan family.. Sekali dia buat suprise datang gerai nasi Lemak Mak dia.. Siapa yang belum dapat jumpa Mak Ayah lagi boleh la Video call sekarang. pic.twitter.com/rAXXgU5dBs— mdaily (@mdailyofficial) June 15, 2020
Rakaman yang menyentuh hati itu tambah sayu apabila lelaki itu mengaku ‘Makcik, saya ni anak makcik’, sebelum si ibu menyedari dan terkejut.
Dua beranak berkenaan kemudiannya berpelukan melepaskan rindu setelah 9 bulan terpisah.
Anggota polis berkenaan difahamkan menjalani latihan dalam pusat latihan polis selama 6 bulan sebelum menjalani PKP 3 bulan.
Rata-rata netizen amat tersentuh dengan perkongsian tersebut dan mendoakan agar keduanya tidak lagi berjauhan.
BACA : Video Frontliner Raikan Kejayaan, Tepukan Gembira Buat Rakyat Malaysia Terharu