Ikuti Kami:

Andi Bernadee Tampil Dengan Lagu Raya Bermakna, “Inikan Hari Raya”

Andi Bernadee Tampil Dengan Lagu Raya Bermakna, “Inikan Hari Raya”

Penyanyi berbakat Andi Bernadee kembali dengan lagu raya terbarunya, Inikan Hari Raya, yang bukan sekadar lagu perayaan biasa.

Menggabungkan elemen moden dan tradisional, lagu ini hadir dengan mesej mendalam yang menggambarkan suasana sebenar sambutan Aidilfitri di Malaysia.

Lagu ciptaan Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, dan Omar K ini turut menampilkan sentuhan peribadi Andi sendiri dalam penulisan lirik, yang berkisar tentang kemeriahan serta nilai kekeluargaan yang sering dikaitkan dengan perayaan Hari Raya.

Menurut Andi, lagu ini bukan sahaja bertujuan menghiburkan tetapi juga membawa mesej nasihat kepada pendengar.

“Lagu ini mengisahkan perjalanan pulang ke kampung halaman serta pelbagai persiapan dan peristiwa yang berlaku menjelang Hari Raya. Saya percaya ramai yang akan dapat mengaitkan diri mereka dengan cerita dalam lagu ini,” katanya.

Proses rakaman Inikan Hari Raya dilakukan dengan penuh teliti, melibatkan dua sesi rakaman bagi memastikan kualiti terbaik.

Andi berkongsi bahawa dia bekerja rapat dengan komposer untuk mendapatkan susunan muzik dan lirik yang paling sesuai.

Selain itu, Andi juga menekankan kepentingan bekerjasama dalam menghasilkan karya yang berkualiti.

“Saya sentiasa terbuka untuk berbincang dan berkongsi idea. Apabila kita bekerjasama dengan baik, hasilnya pasti lebih bermakna,” ujarnya.

Lagu Inikan Hari Raya boleh mula didengari di semua platform digital bermula 28 Februari 2025.

Andi berharap lagu ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membawa nostalgia serta kehangatan suasana Hari Raya kepada semua pendengar.

Komen
Loading...