Ikuti Kami:

Anak Teringin Makan Lauk Telur, Seorang Ibu Sanggup Kutip Tin Untuk Dijual

Anak Teringin Makan Lauk Telur, Seorang Ibu Sanggup Kutip Tin Untuk Dijual

“Dalam musim Covid-19 ni si mak ambil risiko bawa anak untuk keluar mencari tin-tin kosong untuk dijual, ” Kisah yang diceritakan menerusi halaman Facebook dengan nama Shamsiah Shaaban.

“Dalam perjalanan pulang semalam, kami terserempak dengan mereka. Maknya tengah kutip tin-tin, botol-botol kosong untuk dijual.

“Kami berhenti, kami tanya. Jawapan dia ‘Saya nak jual tin-tin ni nak cari duit untuk beli telur. Duit saya tingal RM2 sahaja. Anak pula haus nak air, dah beli air tak dapat beli telur… anak saya nak makan nasi lauk telur’.

“Siapa tak sentap dengar, kami pelawa untuk hantar mereka pulang dan berikan sedikit sumbangan. Anak kecil yang tak mengerti apa-apa, tenang bermain dan ketawa membuatkan kami sebak, ” katanya.

 

Ibu dan anak ditumpangkan pulang ke rumah.

Dalam pertemuan itu, Shamsiah memberitahu, wanita berkenaan menjelaskan dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada siapa yang dapat menjaganya di rumah.

Tambahnya, wanita tersebut turut memaklumkan suaminya telah meninggal dunia.

Shamsiah datang meninjau keadaan rumah wanita berkenaan.

Susulan perkongsian itu, Shamsiah berkata, ramai yang tampil untuk memberi bantuan kepada wanita tersebut dan anaknya menerusi hashtag atau tanda pagar #kakaktin.

Menerusi video penstriman secara langsung di Facebook miliknya keesokan hari, Shamsiah memberitahu dia dan rakan setugasnya kembali menemui wanita berkenaan untuk menyalurkan bantuan hasil sumbangan orang ramai kepada badan itu.

“Kita akan bantu secara berperingkat. Atas bantuan orang ramai, kita akan belikan keperluan dia, ” katanya.

Menurut Shamsiah, pihaknya turut berkesempatan berkunjung ke rumah wanita itu bersama anaknya dekat Kluang, Johor.

“Rumah dia agak teruk, tak ada tikar getah, tak ada kipas… tak ada apa. Kita akan bantu dahulu… bersihkan rumah dia, beri keselesaan, ” katanya.

Walaupun menerima bantuan keperluan asas, Shamsiah mendedahkan keperibadian wanita itu yang sanggup berpenat-lelah demi menyara kehidupan bersama anaknya.

“Tak ada duit susah, tapi dia tak nak menyusahkan orang jadi dia cubalah usaha. Bekerja cari tin, botol, ” katanya sambil mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

Komen
Loading...