Ikuti Kami:

“Anak Secantik Mama” – Izara Aishah Kongsi Gambar ‘Baby’, Ramai Yang Teruja

“Anak Secantik Mama” – Izara Aishah Kongsi Gambar ‘Baby’, Ramai Yang Teruja

Seperti yang diketahui umum, Izara Aishah akan menutup ruangan komen di setiap hantaran di laman Instagram peribadinya.

Tetapi untuk hantaran terbaru ini, pelakon itu telah membuka ruangan komen.

Hantaran foto bersama puteri sulungnya itu mencuri tumpuan ramai dan  membuatkan ramai peminat dapat meninggalkan pelbagai reaksi terhadapnya.

Perkongsian foto berkenaan juga mendapat ribuan tanda suka dan warganet mengambil kesempatan itu untuk memuji kecantikan pelakon ini yang kini sudah menjadi seorang ibu.

Rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen yang teruja melihat kecomelan puteri sulangnya itu.

“Mama tantekk, baby omeyyy sangat-sangat…”

Reaksi peminat di foto anak Izara Aishah

Sebelum ini juga, suaminya, Adib Khalid ada berkongsi rasa syukurnya dengan kehadiran cahaya mata perempuan mereka yang diberi nama, Irisa Alaia dan turut memuat naik beberapa keping foto anaknya itu untuk berkongsi kepada umum.

Pelakon popular, Izara Aishah kini semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertamanya apabila dia selamat melahirkan baby girl pada 15 April lalu.

Sumber: Instagram Izara Aishah

BACA : Izara Aishah & Adib Khalid Timang Anak Sulung

Komen
Loading...