Ikuti Kami:

An Evening With Dream Theater: Konsert Ulang Tahun Ke-40 Di Zepp KL Feb 2026

An Evening With Dream Theater: Konsert Ulang Tahun Ke-40 Di Zepp KL Feb 2026

Kumpulan progresif metal tersohor dunia, Dream Theater, bakal menemui peminat di Malaysia menerusi konsert istimewa “An Evening With Dream Theater – 40th Anniversary Tour” yang dijadual berlangsung pada 4 Februari 2026 di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert yang dibawakan oleh Primuse Entertainment itu menandakan kemunculan semula kumpulan legenda tersebut ke pentas Malaysia selepas sekian lama, sekali gus meraikan empat dekad perjalanan karier muzik mereka yang penuh pengaruh dalam dunia rock dan metal antarabangsa.

Barisan anggota Dream Theater terdiri daripada James LaBrie (vokal), John Petrucci (gitar), John Myung (bass), Jordan Rudess (keyboard) dan Mike Portnoy (dram) yang kembali bersama kumpulan selepas lebih sedekad.

Peminat dijangka disajikan dengan persembahan penuh bertenaga dan sarat dengan elemen teknikal serta inovatif yang menjadi identiti Dream Theater, termasuk lagu-lagu ikonik sepanjang 40 tahun karier mereka dan karya daripada album terbaharu, Parasomnia.

Konsert berkenaan dijangka menjadi antara acara muzik paling dinanti tahun 2026, khususnya buat peminat muzik progresif metal di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Harga tiket bagi An Evening With Dream Theater – 40th Anniversary Tour belum diumumkan, namun peminat sudah boleh mendaftar minat mereka melalui platform Megatix di pautan https://megatix.asia/events/dream-theater.

Komen
Loading...