Ikuti Kami:

Amira Othman Perkenalkan Lagu Terbaharu – Bila Nak Kahwin

Amira Othman Perkenalkan Lagu Terbaharu – Bila Nak Kahwin

Dalam satu majlis penuh meriah di Central i-City, Shah Alam, penyanyi terkenal Amira Othman telah melancarkan single terbaharunya yang berjudul Bila Nak Kahwin.

Lagu ini merupakan hasil kerjasama Sony Music Malaysia dan Emiera Othman Ventures, dengan ciptaan komposer terkenal, Iqie Hugh, Omar K, dan Amira sendiri.

Single bergenre pop ini dirasmikan pada 10 Januari 2025 dan mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Turut hadir Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Malaysia, Vietnam, Singapura dan projek khas Asia Tenggara, Kenny Ong.

Istimewanya, video muzik rasmi Bila Nak Kahwin yang akan mula ditayangkan pada 11 Januari 2025 jam 3 petang turut menampilkan pelakon terkenal, Fattah Amin.

Kehadiran Fattah Amin dalam video muzik ini diharapkan menjadi bonus kepada populariti lagu tersebut.

Amira turut membuat persembahan istimewa lagu Bila Nak Kahwin, bersama lagu-lagu popularnya seperti Hati-Hati dan Jaga-Jaga di acara tersebut dimana Amira Othman diumum wajah Rasmi Varisha dan turut menlancarkan koleksi Raya Series

Peminat yang hadir mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan Amira menerusi sesi khas yang dianjurkan oleh Varisha.

Pelancaran lagu ini bukan sahaja menonjolkan bakat muzik Amira, tetapi juga mengukuhkan jenama Varisha dalam memperkenalkan elemen seni dan fesyen kepada masyarakat.

Lagu Bila Nak Kahwin kini boleh didapati di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, dan YouTube Music.

Komen
Loading...