Ikuti Kami:

Amira Othman Diumum Wajah Rasmi ‘Varisha’, Lancarkan Koleksi ‘Raya Series’

Amira Othman Diumum Wajah Rasmi ‘Varisha’, Lancarkan Koleksi ‘Raya Series’

Penyanyi dan pelakon terkenal, Amira Othman, kini menjadi wajah rasmi jenama fesyen terkenal, Varisha, selepas diumumkan sebagai duta selebriti jenama itu dalam satu majlis pelancaran istimewa di Central i-City, Shah Alam.

Pelantikan ini turut disertai pelancaran koleksi eksklusif terbaharu Varisha, Raya Series, yang mengetengahkan rekaan elegan dan material premium khas untuk wanita moden.

Amira Othman, yang sinonim dengan gaya anggun dan personaliti menarik, kini menjadi inspirasi di sebalik koleksi Raya Series.

Dalam majlis itu, Amira menyatakan rasa bangganya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Varisha dan melihat koleksi ini sebagai lambang keyakinan dan kecantikan wanita.

Koleksi Raya Series memperkenalkan fabrik inovatif Ultra Comfort Cotton Voile, hasil teknologi 60s Compact-Siro Spun yang menjadikan tudung lebih lembut, ringan, mudah dibentuk, anti kedut, dan tidak memerlukan seterika. Rekaan elegan yang diperkenalkan menjadikan koleksi ini sesuai untuk gaya harian mahupun acara istimewa.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, kempen khas “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman” diperkenalkan, membolehkan para peminat berinteraksi secara langsung dengan selebriti pujaan mereka.

Varisha terus menegaskan komitmennya untuk menjadi jenama fesyen utama yang memenuhi keperluan wanita moden, selaras dengan slogannya, “Varisha for EVERYONE, EVERYDAY”.

Pelantikan Amira sebagai duta jenama dijangka memperkukuhkan lagi pengaruh Varisha dalam dunia fesyen tempatan.

Komen
Loading...