Ikuti Kami:

Amelia Henderson Curi Tumpuan di Malam Kuala Lumpur Fashion Awards dengan Busana Berani dan Elegan

Amelia Henderson Curi Tumpuan di Malam Kuala Lumpur Fashion Awards dengan Busana Berani dan Elegan

Malam Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) berlangsung penuh glamor dengan kehadiran selebriti dan tokoh fesyen terkenal tanah air. Di antara nama-nama besar yang hadir, aktres dan pengacara Amelia Henderson tampil mencuri perhatian dengan busananya yang berani dan elegan.

Amelia dilihat menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal berwarna hitam, yang terdedah di bahagian perut, dada, dan belakang, serta mempunyai belahan tinggi di kaki, menambah sentuhan anggun dan sensual pada penampilannya.


Meskipun ramai yang memuji gaya beraninya, ada juga kritikan yang dilontarkan oleh warganet, yang berasa kurang senang melihat selebriti wanita berpakaian seksi seolah-olah menjadi satu bentuk normalisasi dalam kalangan artis.

Sesetengah pengguna media sosial menyuarakan bahawa Amelia sudah cukup jelita dan menawan tanpa perlu menggayakan pakaian yang terlalu terdedah, dan menyarankan agar selebriti sepertinya memberikan contoh yang baik kepada masyarakat.

Pada malam itu, pasangan selebriti sinonim dengan gelaran ikon fesyen, Awal Ashaari dan Scha Alyahya, berjaya membawa pulang trofi Most Fashionable Male Personality dan Most Fashionable Female Personality.

Model terkenal Ridzman Zidaine, yang kini berada di London, dinobatkan sebagai Male Model of The Year, manakala Female Model of The Year KLFA 2024 menjadi milik Suganya.

Pereka duo Rizman Ruzaini turut mencipta sejarah dengan membawa pulang dua kategori utama, iaitu Fashion Business Leader Award dan Brand of The Year.

Malam kemuncak menyaksikan pesohor media sosial, Nazreem Musa, yang tampil serba hitam, diangkat sebagai Fashion Icon of The Year, membuktikan pengaruhnya dalam dunia fesyen tempatan.

Keseluruhan 21 pemenang dinilai oleh 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang industri fesyen Malaysia.

Komen
Loading...