Ikuti Kami:

Amber Tampil Koleksi Kasual Mewah, Hael & Dayang Duta Rasmi

Amber Tampil Koleksi Kasual Mewah, Hael & Dayang Duta Rasmi

Amber Eksklusif Casual Wear, jenama di bawah Usanita Sdn Bhd, melangkah bergaya ke dunia fesyen kasual mewah dengan memperkenalkan koleksi premium terbaharu bertajuk Somewhere Somehow Someone.

Pelancaran ini turut menyaksikan dua nama besar industri hiburan, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, dilantik sebagai duta rasmi.

Koleksi ini direka untuk mereka yang mengutamakan gaya kasual berprestij yang menggabungkan rekaan moden kontemporari dengan fabrik premium serta kemasan eksklusif, ia menonjolkan sentuhan elegan yang mencerminkan keyakinan dan cita rasa tinggi pemakainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan berkata, pelantikan Hael dan Dayang selari dengan DNA Amber yang sinonim dengan gaya, karisma dan pengaruh dalam dunia fesyen.

“Hael dan Dayang adalah cerminan sempurna DNA Amber. Mereka penuh gaya, berkarisma dan berpengaruh. Mereka bukan sekadar ikon hiburan, malah lambang kejayaan dan personaliti unggul yang kami mahu tonjolkan dalam jenama ini,” katanya.

Pelantikan Dayang turut menjadi sejarah tersendiri apabila buat kali pertama beliau bersetuju menjadi wajah rasmi bagi produk tempatan.

“Dayang memilih untuk bersama Amber adalah satu penghormatan besar. Kepercayaan beliau terhadap jenama tempatan yang menepati standard antarabangsa membuktikan fesyen buatan Malaysia mampu setaraf jenama global,” ujar Datuk Adzliana.

Selain Hael dan Dayang, koleksi ini turut menampilkan pelakon popular Fattah Amin, penyanyi Amira Othman dan pelakon Nora Danish sebagai wajah kempen Somewhere Somehow Someone.

Koleksi ini menampilkan rekaan eksklusif seperti Zip Up Scuba Collar Sweater, A-Line Scuba Skirt, Short Sleeve Polo Shirt, Cascade Short Jacket, Knit Cardigan, Side Pleated Skirt dan Easy Trench Coat.

Ia akan dipasarkan secara terhad di butik Amber di Wangsa Walk Mall dan butik flagship di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, selain boleh didapati secara dalam talian di www.amberofficials.com.my serta platform media sosial rasmi Amber Officials.

Komen
Loading...