Ikuti Kami:

Amber Bawa Sentuhan Mewah ke Aidilfitri 2025 dengan Koleksi Raya Romantics

Amber Bawa Sentuhan Mewah ke Aidilfitri 2025 dengan Koleksi Raya Romantics

Jenama fesyen terkenal, Amber, kembali mencuri perhatian dengan pelancaran koleksi Raya Romantics yang menampilkan rekaan mewah dan eksklusif untuk sambutan Aidilfitri 2025.

Menggabungkan keanggunan klasik dengan elemen moden yang sofistikated, setiap helaian dalam koleksi ini direka bagi menyerlahkan gaya pemakai dengan sentuhan yang elegan.

Kain 100% kapas berkualiti tinggi dengan perincian sulaman floral mewah memberikan keselesaan optimum tanpa mengabaikan keindahan dan keunikan setiap rekaan.

Lebih istimewa, koleksi Raya Romantics turut menampilkan enam wajah rasmi yang terdiri daripada selebriti terkenal Malaysia, iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, menyatakan bahawa koleksi ini bukan sekadar tentang fesyen, tetapi juga mencerminkan inovasi dan keindahan budaya tempatan dalam dunia fesyen moden.

“Koleksi Raya Romantics oleh Amber adalah satu manifestasi kehalusan seni fesyen yang digabungkan dengan keselesaan. Kami yakin setiap helaian dalam koleksi ini mampu memberikan penampilan yang anggun dan mempesonakan sepanjang Aidilfitri.” katanya.

Beliau turut berkongsi sasaran jualan sebanyak 300,000 helai untuk koleksi ini, berpandukan kepada kejayaan koleksi terdahulu serta peningkatan permintaan terhadap fesyen raya yang eksklusif dan berkualiti tinggi.

Bagi memperkukuh kehadiran jenama di pasaran, Amber juga akan menyertai festival fesyen raya antarabangsa seperti Celebfest Singapore (7 – 9 Mac 2025) dan Absolute Fest Gaya Raya (21 – 24 Mac 2025).

Dengan gabungan fabrik premium, perincian mewah, dan reka bentuk yang menawan, koleksi Raya Romantics oleh Amber dijangka menjadi pilihan utama pencinta fesyen Aidilfitri tahun ini.

Menawarkan pelbagai pilihan untuk lelaki dan wanita, koleksi ini hadir dalam pelbagai warna dan saiz:

– Lelaki: 6 rekaan, setiap satu dalam 3 warna (jumlah keseluruhan 18 warna)
– Wanita: 11 rekaan, setiap satu dalam 2 warna (jumlah keseluruhan 22 warna)
– Saiz: XS hingga 3XL
– Julat harga: RM269 – RM459

Dengan gaya yang sesuai untuk pelbagai suasana, daripada majlis santai hingga perayaan meriah, koleksi ini boleh didapati di lokasi eksklusif berikut:

– Amber Flagship Store – Shangri-La, Kuala Lumpur
– Butik Amber – Wangsa Walk Mall
– Dalam talian: www.amberofficials.com.my
– TikTok Shop: @AmberModeOfficials

Komen
Loading...