Ikuti Kami:

Alpha Lancar MV Rasmi “P Ramlee Saloma” Selepas Raih 22 Juta Strim

Alpha Lancar MV Rasmi “P Ramlee Saloma” Selepas Raih 22 Juta Strim

Selepas mencatat kejayaan luar biasa dengan lebih 22 juta capaian digital, kumpulan lelaki naungan Rocketfuel Entertainment, ALPHA, kini melancarkan video muzik (MV) rasmi single kedua mereka “P Ramlee Saloma”.

Lagu yang dilancarkan pada 18 Julai lalu ini bukan sahaja menjadi OST drama popular, malah mengangkat inspirasi cinta abadi dua legenda seni negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Rizal Rasid, vokalis ALPHA mewakili kumpulan yang turut dianggotai Araff, Daniel Sher, Ray-D, Izat Ibrahim, Afiq Sky dan Ariel Fesol berkata kejayaan luar biasa itu sesuatu yang tidak dijangka.

“Kami sangat bangga kerana dalam tempoh singkat sahaja lagu ini berjaya meraih jutaan strim. Sokongan peminat membuktikan muzik kami diterima, dan itu buat saya benar-benar terharu,” katanya.

Pelancaran MV rasmi ini disifatkan sebagai hadiah buat peminat yang setia menyokong. Dengan visual romantik dan sinematografi moden, ia memberi makna baharu kepada lagu tersebut.

“MV ini lahir dari hati kami untuk peminat. Ia pemangkin untuk kami hasilkan lebih banyak visual mantap selepas ini,”

“Sokongan peminat menjadikan langkah kami lebih bermakna. Jangan berhenti untuk strim dan sebarkan muzik kami, kerana anda semua adalah kekuatan sebenar ALPHA,” tambanya.

Bermula hari ini, MV rasmi “P Ramlee Saloma” boleh ditonton secara eksklusif di YouTube @RocketfuelNetwork, manakala single tersebut tersedia di semua platform digital utama seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan YouTube Music.

Terdahulu, ALPHA melancarkan MV single pertama mereka berjudul “Monalisa (Bang Bang)” yang kini telah mencatat lebih 500,000 tontonan di YouTube.

Komen
Loading...