Ikuti Kami:

Aloft Langkawi Tawar Bufet Istimewa Sempena Hari Ibu

Aloft Langkawi Tawar Bufet Istimewa Sempena Hari Ibu

Menghargai kasih sayang dan pengorbanan seorang insan bergelar ibu, Aloft Langkawi Pantai Tengah menganjurkan promosi eksklusif Mother’s Day Tomahawk Buffet Dinner yang bakal berlangsung pada 9 Mei ini.

Bertempat di Restoran Nook, hotel gaya hidup terkemuka ini menawarkan pengalaman kulinari unik menerusi pengenalan bufet daging Tomahawk yang pertama di Pulau Langkawi, khusus buat para tetamu yang ingin meraikan hari istimewa tersebut dalam suasana yang cukup bermakna.

Dengan harga RM168 bagi dewasa, RM118 untuk warga emas, dan RM84 untuk kanak-kanak, hidangan utama malam tersebut pastinya tertumpu kepada Charcoal Grilled Tomahawk yang dimasak sempurna.

Selain itu, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai juadah premium lain seperti Smoked Beef Brisket, Shawarma Daging, tiram segar dari Jepun, Squid Ink Linguine, serta Pizza Pesto Makanan Laut.

Kemuncak sambutan kali ini turut menyaksikan pengenalan Ketua Pastri baharu, Chef Adha Shahrulnizam yang mempunyai pengalaman lebih 12 tahun di hotel lima bintang dan pernah diberi tanggungjawab menyediakan hidangan pencuci mulut serta kek hari keputeraan buat Sultan Kedah.

Membawa tema “kejutan kreatif,” Chef Adha bakal menyajikan pelbagai seleksi pencuci mulut Perancis yang elegan, antaranya Kek Coklat Raspberi dan New York Cheesecake yang direka khas bagi melambangkan kemanisan kasih sayang seorang ibu.

Bagi memeriahkan lagi suasana, kelab kanak-kanak hotel turut menganjurkan aktiviti Pizza of Love pada 9 dan 10 Mei. Melalui aktiviti ini, si cilik berpeluang menyediakan piza berbentuk hati sebagai kejutan tulus buat ibu mereka.

Pihak pengurusan turut menawarkan promosi istimewa di mana bagi setiap tempahan lima dewasa, seorang ibu layak menikmati hidangan secara percuma.

Lebih menarik, 15 tempahan terawal bakal menerima set teko eksklusif dan botol DOM Bénédictine, manakala semua ibu yang hadir akan diraikan dengan hidangan koktel atau moktel istimewa sebagai tanda penghargaan.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian +6012 225 2416 atau melayari laman web rasmi www.aloftlangkawipantaitengah.com.