Pelakon Almy Nadia luah rasa kecewa apabila wujud beberapa pihak tidak bertanggungjawab sering melemparkan kritikan negatif kepadanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga turut menyatakan bahawa beliau telah lama memendam perasan berikutan sikap biadab netizen terhadap kemesraannya bersama suami, Fizz Fairuz.
Menurutnya, komen-komen yang terpahat di laman Instagramnya seolah tidak sopan dan agak keterlaluan.
Menurut pelakon filem 4 Madu ini lagi, beliau langsung tidak mendesak orang ramai untuk mengikutinya di laman berkenaan. Hal ini kerana, beliau menyifatkan golongan berkenaan hanya mahu mengecam sahaja bukanlah pengikut yang benar-benar menyayanginya.
Dalam pada itu Almy juga turut memaklumkan bahawa beberapa individu yang sering melontarkan komen jahat kepadanya telah disekat demi mengelakkan diri daripada melakukan dosa di bulan Ramadan.
“Maaf buat sapa2 yg dok kena block ngan kami,, habaq awai2 sbb apa kami block sbb kami takmau cari dosa nak baca komen tak elok dan nnt syaitonnn nirogim dok hasut kamu balaihh laa komen tu balaih laa,dr kami nak cari dosa baik kami block.”
Biarpun dilanda pelbagai masalah, Almy kini dikhabarkan telah banyak bersabar dengan kerenah pengikutnya yang tidak professional, malah dirinya juga mengakhiri luahan itu dengan permohonan maaf agar perkara seperti ini tidak berulang lagi dan dapat dijadikan pengajaran untuk semua.