Ikuti Kami:

Allisya, Anak Sharifah Shahira Bersama Jatt Black Dog Bone Kini Bergelar Penyanyi

Allisya, Anak Sharifah Shahira Bersama Jatt Black Dog Bone Kini Bergelar Penyanyi

Allisya adalah anak hasil perkongsian perkahwinan pertama Sharifah Shahirah dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt.

Allisya muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang juga diangkat sebagai lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe yang kini disiarkan menerusi slot Akasia, TV3.

Katanya, single Hey Pria dirakamkan anak daranya sejak lebih setahun lalu.

“Saya sendiri memilih dunia seni untuk berkongsi bakat. Cuma, bakat saya ke arah berlakon, mengacara dan berlawak. Nampaknya, Allisya mengikut jejak bapanya sebagai penyanyi.

“Saya tak menghalang apa sahaja bidang yang ingin diceburi Allisya. Saya merestui apa yang dia ingin lakukan, sejak kecil lagi. Cuma, Allisya kena ingat yang dunia seni bukan seindah yang dilihat.

“Ini permulaan untuk Allisya, jadi kita lihat bagaimana perjalanan seterusnya,” katanya.

Sumber : BH Online

Foto: Instragram Allisya

Komen

Loading...