Ikuti Kami:

Aliff Syukri Kembali Kepangkuan Anak Isteri

Aliff Syukri Kembali Kepangkuan Anak Isteri

Setelah sekian lama mendiamkan diri, hari ini usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri telah memuat naik entri di laman Instagramnya tentang kembalinya dia kepangkuan isteri dan anak-anak.

Ramai sedia maklum bahawa terdapat khabar angin yang bertiup kencang mengatakan bahawa rumah tangga Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida sudah pun retak menanti belah.

Malah berterbangan pula cerita bahawa mereka sudah pun mengemukakan surat tuntutan cerai sehingga mengejutkan ramai netizen.

Menurut aliff , dalam tempoh dia berjauhan dengan keluarga selama 4 bulan, dia menggunakan peluang tersebut untuk muhasabah diri supaya dapat menjadi manusia yang soleh dan lebih matang daripada sebelumnya.

“4 bulan berjauhan dr anak di sisi kosong sebenarnya hidup saya dan.. saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga.”

Aliff Syukri menegaskan ini bukan publisiti murahan, tapi menekankan beliau sama seperti manusia biasa tidak terlepas dari dugaan dalam berumah tangga. Pasti ada pasang dan surutnya.

“Apa yg berlaku bukan gimik utk meraih publisiti tapi saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumahtangga…”

Usahawan tersebut turut berjanji akan meletakkan keluarga sebagai keutamaan dan sedar bahawa mereka adalah segalanya dalam kehidupannya.

“Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur alhamdulillah keluarga Allah keutamaan saya dan saya ingin menjadi seorang Alif Syukri yang baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri sy, family saya mak saya keluarga saya” tulisnya

Aliff Syukri juga tidak lupa meminta orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan keluarganya.

Rata-rata pengikut melahirkan rasa syukur dengan berita ini dan berharap bahawa pasangan tersebut membuang yang keruh dan mengambil yang jernih.

Komen
Loading...