Ikuti Kami:

Aliff Aziz Akhirnya Ceraikan Bella Astillah, Enggan Bersalaman Buat Kali Terakhir

Aliff Aziz Akhirnya Ceraikan Bella Astillah, Enggan Bersalaman Buat Kali Terakhir

Penyanyi, Aliff Aziz akhirnya melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah pada petang Khamis.

Menurut laporan mStar, Aliff, 33, melafazkan talak satu terhadap Bella pada pukul 1.10 petang di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat.

Wan Mohd Najib mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

Saya Aliff Aziz menceraikan isteri saya Dayang Nabellah Awang Astillah dengan talak satu mulai hari ini.

Sebelum melafazkan cerai, hakim ada meminta pasangan tersebut bersalam-salaman buat kali terakhir namun kedua-duanya enggan.

Komen
Loading...