Ikuti Kami:

Alhamdulillah Kurta Cik Man ‘Sold Out’

Alhamdulillah Kurta Cik Man ‘Sold Out’

Selain netizen berpakat untuk memberikan sokongan dengan mahu membeli pakaian di Butik milik pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew dan pelakon Adam Corrie Lee bagi butik miliknya Mr & Mrs Adam Corrie Exclusive, ternyata juga PU Azman turut menerima sokongan ramai.

PU Azman menerusi laman Instagram meluahkan rasa syukurnya dan memberitahu bahawa pakaian jenamanya sendiri dan dibawah Cik Man Collection iaitu Kurta Cik Man habis dijual.

Dalam pada masa yang sama, pendakwah terkenal yang suka berjenaka ini turut berterima kasih kepada yang membeli dan mendoakan perniagaannya.

Seperti biasa, PU Azman yang juga merupakan seorang pelakon ini suka berjenaka dan gemar membuat lawak menerusi laman sosial Instagram dan menerusi perkongsian berkenaan juga dia sempat meminta cadangan untuk melakukan perniagaan untuk perempuan lalu yang ditulisnya juga tupperware dimana perkara berkenaan sangat sinonim buat perempuan.

Walau bagaimanapun, rata-rata diruangan komen meninggalkan pelbagai reaksi positif buat PU Azman yang turut tumpang gembira dengan berita dikongsikan itu dan dalam pada masa yang sama turut meninggalkan pelbagai cadangan untuknya melakukan perniagaan buat perempuan pula.


Sumber: Instagram PU Azman

Komen
Loading...