Ikuti Kami:

Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Teka-teki mengenai status perkahwinan Fazura dan Fattah akhirnya terjawab selepas disahkan aktres jelita tersebut memfailkan penceraian terhadap suaminya.

Iya, Fazura sudah memfailkan penceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya urusan memfailkan penceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.

“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” katanya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial tentang khabar angin rumah tangga pasangan popular itu sudah retak akibat isu curang tetapi kedua-duanya mengambil jalan berdiam diri dari memberi penjelasan kepada peminat.

Ada netizen dilihat mempertahankan pasangan selebriti itu dengan menyatakan mereka tidak perlu mempamerkan kebahagiaan dalam gelanggang media sosial.

Memetik laporan sebuah portal berita tempatan, Fazura dikhabarkan memfailkan perceraian tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Komen
Loading...