Akhirnya Syamsul Yusof Pulang Berjumpa Keluarga, Turut Serta Bekas Isteri Puteri Sarah
- oleh Mohd Indera
- 3 bulan lalu
Selepas sekian lama dikatakan tidak pulang ke rumah ibu bapanya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof akhirnya pulang bertemu mereka malam tadi.
Detik manis kepulangannya dikongsi ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail menerusi Instastory miliknya pada malam Rabu.
Menerusi hantaran tersebut, Syamsul yang memakai jaket hitam dan seluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.
Patimah turut memuat naik lagu latar belakang Syukran Lillah nyanyian Sabyan yang liriknya mengungkapkan rasa syukur.
Dalam perkongsian lain, Patimah turut berkongsi foto bersama bekas isteri Syamsul iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana serta suaminya Datuk Yusof Haslam.
Syamsul pula mendukung anak perempuannya Sumayyah dan kesemua mereka kelihatan ceria sambil tersenyum.
Patimah pada pagi Rabu memberi gambaran bakal bertemu anaknya dan akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan.