IKLAN

Akaun Palsu Media Social - Elly Mazlein Tidak Kisah

Walaupun ada individu tidak bertanggungjawab membuka akaun Instagram palsu menggunakan nama Kaklinapompom dan menyamar sebagai Elly Mazlein namun aktres itu tenang memberi respon mengenai perkara itu.

Elly berkata dia tidak kisah sekiranya individu tersebut meminatinya tetapi berasa hairan apabila akaun tersebut diwujudkan sebagai akaun kedua miliknya.

"Ini bukan IG Kepom (Elly) ya. Siap back up account, back up vokal lagi. Walaupun text di setiap gambar sangat sama tapi tak serupa gitu. Terima kasih kepada semua yang DM kakak Lina.

"Cara dah betul sangat meminati saya. Saya syukur sangat tapi tulisan back up account yang tak menahan itu. Macam sesuatu di situ," kata Elly menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.

Rata-rata netizen memuji cara Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, berhadapan dengan situasi tersebut.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri popular Kampung People itu turut mendedahkan dia ada menerima mesej daripada peminat yang menghantar paparan skrin akaun Twitter serta TikTok menggunakan nama Elly Mazlein.

Penyanyi berusia 40 tahun juga menegaskan dia tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial tersebut dan menganggap perkara itu bukan satu isu yang besar.

Baiknya kak kepommmm

“Di Twitter juga dia ada. Ya orang yang sama. Tak apa asalkan dia gembira. Semua akaun dia buat palsu guna nama saya. TikTok pun dia buat juga. Saya tak ada Twitter, tak ada FB dan tak ada akaun TikTok.

"Terima kasih semua yang DM beritahu fasal ini. Salam Ramadan. Dah tak payah pening-pening fasal kecil punya hal. Akaun media sosial saja pun. Sebarkan kebahagian, ” ujarnya.

Sumber: Mstar

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN