Ikuti Kami:

Air Supply Bawa Hits Ikonik ke Kuala Lumpur Sempena Ulang Tahun Ke-50

Air Supply Bawa Hits Ikonik ke Kuala Lumpur Sempena Ulang Tahun Ke-50

Air Supply, duo soft rock legenda yang dikenali di seluruh dunia, bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk merayakan ulang tahun ke-50 mereka dengan sebuah konsert yang penuh dengan nostalgia dan hits ikonik.

Persembahan mereka di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza pada 23 September 2025 pasti akan menjadi malam yang penuh dengan muzik yang menggerakkan hati, memaparkan lagu-lagu yang telah memikat jutaan peminat sepanjang lima dekad.

Konsert ini menandakan kembalinya Graham Russell dan Russell Hitchcock, yang pertama kali bertemu dalam pertunjukan Jesus Christ Superstar di Australia pada tahun 1975, selepas sepuluh tahun tidak mengadakan persembahan di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, mereka menghiburkan peminat di ibu kota sempena ulang tahun ke-40 mereka pada 2015. Kini, selepas lebih 50 tahun, Air Supply kembali untuk mempersembahkan lagu-lagu hits mereka yang tak lekang dek waktu, seperti “Lost in Love,” “All Out of Love,” dan “Making Love Out of Nothing At All,” yang telah menjadikan mereka ikon muzik global.

Sepanjang karier mereka, Air Supply telah meraih pelbagai pencapaian luar biasa, termasuk penjualan lebih 20 juta salinan album dan lebih tiga juta siaran lagu All Out of Love.

Mereka juga telah tampil di lebih 130 persembahan setiap tahun.

Untuk konsert yang sangat dinantikan ini, tiket dijual dengan harga RM1376 untuk SOFA-Twin Seat, RM688 untuk VIP, RM588 untuk CAT 1, RM388 untuk CAT 2, RM288 untuk CAT 3, dan RM188 untuk CAT 4.

Tiket boleh didapati melalui laman web my.bookmyshow.com dan biztmgptix.bigtix.io. Dapatkan tiket anda lebih awal sebelum habis dijual!

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan luar biasa Air Supply yang akan membawa anda kembali ke zaman kegemilangan muzik mereka di Mega Star Arena pada 23 September 2025.

Komen
Loading...