Gaya Hidup
Air Jordan 1 Dipakai Michael Jordan Bakal Dilelong RM650,000
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Lantaran populariti dokumentari terbaru di Netflix, The Last Dance yang memberikan gambaran perjalanan kerjaya Michael Jordan sepanjang bergelar pemain di Chicago Bulls, ramai yang mula mengambil minat semula akan kasut yang dipakai beliau suatu masa dahulu.
Sepasang kasut Air Jordan 1 yang pernah dipakai Michael Jordan sekitar Februari 1985 sehingga Oktober 1985 bakal dilelong menerusi Sotheby’s dengan harga sekitar US$100,000 sehingga US$150,000.
Kasut bola keranjang ini datang dengan warna Chicago yang ikonik dan merupakan koleksi pertama MJ bersama Nike serta ianya direka oleh Peter Moore. Ianya juga hadir dengan tandatangan asli MJ pada pasang sebelah kanan.
Komen
Loading...