Ikuti Kami:

Ahmad’s Fried Chicken Kini di Shah Alam, Dirasmikan Legenda Bola Sepak Safee Sali

Ahmad’s Fried Chicken Kini di Shah Alam, Dirasmikan Legenda Bola Sepak Safee Sali

Jenama makanan segera tempatan, Ahmad’s Fried Chicken, kini secara rasmi membuka cawangannya yang ke-45 di Shah Alam dalam satu majlis perasmian yang berlangsung meriah semalam.

Majlis yang disempurnakan oleh legenda bola sepak negara, Safee Sali, di lokasi baharu restoran tersebut di Jalan Nelayan 19/A, Seksyen 19, Shah Alam itu menjadi simbol semangat juang dan ketabahan yang mencerminkan perjalanan Ahmad’s Fried Chicken sebagai jenama makanan segera tempatan yang semakin kukuh di hati rakyat Malaysia.

Menurut Pengasas Ahmad’s Fried Chicken, Encik Taufik Khairuddin, pembukaan cawangan ke-45 ini menandakan satu lagi kejayaan besar dalam usaha Ahmad’s membangunkan empayar makanan segera tempatan yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pengasas Ahmad’s Fried Chicken, Encik Taufik Khairuddin (kanan) bersama Legenda bola sepak negara, Safee Sali (kiri).

“Kami percaya setiap kejayaan bermula dengan semangat dan kerja keras. Safee Sali mewakili nilai tersebut, seorang pejuang di padang, sama seperti Ahmad’s yang berjuang di dunia perniagaan untuk membawa cita rasa Malaysia ke tahap tertinggi,” ujar beliau dalam ucapan pembukaan.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung, antaranya Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak, Permainan Roda Hadiah dan Cabutan Bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pelanggan bertuah.

Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menghidupkan suasana majlis, tetapi turut memperkukuh hubungan Ahmad’s dengan komuniti setempat, selari dengan misi jenama untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia.

Legenda bola sepak negara, Safee Sali, menurunkan tandatangan pada plak perasmian sebagai simbolik pembukaan rasmi cawangan ke-45 Ahmad’s Fried Chicken.

Sementara itu, Safee Sali dalam ucapannya menyatakan rasa bangga melihat perkembangan Ahmad’s yang kini mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh negara.

“Saya melihat Ahmad’s bukan sekadar jenama makanan, tetapi satu inspirasi kepada anak muda untuk berani melangkah dan mencipta kejayaan sendiri. Ia membuktikan bahawa dengan semangat dan usaha, kejayaan itu pasti boleh dicapai,” katanya.

Ahmad’s Fried Chicken kini mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh negara dan terus komited memperluas rangkaian francaisnya sambil mengekalkan kualiti, keaslian rasa serta identiti Malaysia yang menjadi DNA jenama ini.

Dalam masa sama, Ahmad’s turut membuka peluang perkongsian perniagaan kepada usahawan tempatan yang berminat menjadi sebahagian daripada rangkaian francais ayam goreng tempatan ini.

Dengan 24 menu warisan bercita rasa Malaysia, suasana mesra pelanggan dan perkhidmatan pantas, Ahmad’s berhasrat menjadikan setiap cawangannya bukan sekadar restoran, tetapi juga pusat komuniti dan simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Komen
Loading...