Ahli Parlimen MCA Pula Bersuara Tentang Proses Sijil Halal, Anggap Ia Sukar Dan Pening Kepala
- oleh Mohd Indera
- 1 bulan lalu
Menurut laporan portal Malaysiakini, sebelum ini tular mengenai isu Sijil Halal JAKIM membabitkan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok sehingga mendapat perhatian ramai.
Walau bagaimanapun, rakan sejawat Teresa dari MCA iaitu Wee Jeck Seng juga membuat perkara yang sama dan berpendapat bahawa dasar Jakim itu akan menyusahkan perniagaan bukan Islam dan pada masa yang sama mendedahkan ketidakberkesanan pemimpin DAP dalam menjaga hak masyarakat bukan Islam.
“Proses pensijilan yang menyukarkan semasa telah menyebabkan banyak perniagaan yang pening kepala, dengan sesetengahnya akhirnya berputus asa untuk memohon. Jika ini diwajibkan, akibatnya mungkin lebih teruk.
Selain itu, Wee juga memaklumkan pengumuman perbincangan atau rancangan yang kerap untuk dasar sedemikian akan memberi gambaran bahawa Malaysia sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara satu agama, yang secara langsung akan menjejaskan pelaburan asing dan pelancongan.