Ikuti Kami:

Agartana Lancar Agartana Orchard, Komited Mempromosi Penyelidikan Gaharu

Agartana Lancar Agartana Orchard, Komited Mempromosi Penyelidikan Gaharu

Dari kiri ke kanan: Sherrene Cheah, Head of Heartana Agartana; Yip Wai Ling, Head of Heartana Academy; Wu Ying Ying, Ay Kang Pharmaceutical Co. Ltd; Master Vivi Lee; Jessica Tan, Pengasas Heartana Global Berhad; YM Tengku A’liaa Muna Tengku Abdul Rahman, Pengarah Antah Pharma Sdn Bhd; YM Tunku Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin, Pengarah Eksekutif Antah Pharma Sdn Bhd; Jeremy Khor, Pengasas Bersama Heartana Global Berhad; Tan Sri Gan Thian Leong (VIP Jemputan); Victor Khor, Rakan Bioteknologi Agartana; Tseng Shih Che, Ay Kang Pharmaceutical Co. Ltd; dan Kong See Wei, Head of Heartana Culture Hub.

Agartana, inisiatif kesejahteraan lestari oleh Heartana Global Berhad, mencipta detik bersejarah dengan pelancaran Agartana Orchard di Bukit Selambau, Sungai Petani, yang turut menandakan komitmen syarikat terhadap penyelidikan gaharu dan pendidikan.

Majlis pelancaran itu menyaksikan 100 pelanggan pertama menanam pokok gaharu mereka sendiri, bersama tetamu kehormat termasuk kerabat diraja Malaysia.

Projek seluas 26 ekar ini memperuntukkan 20 ekar untuk pokok milik pelanggan, manakala baki kawasan akan menempatkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Agartana (R&D Centre) pada suku ketiga 2026 serta fasiliti kesejahteraan pada fasa berikutnya.

Selain itu, Agartana juga mengumumkan Pusat Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) Hospital UTAR sebagai rakan universiti pertama.


Pengasas Heartana Global Berhad, Jessica Tan, mempamerkan seketul gaharu berusia lima tahun yang bernilai, sebagai simbol komitmen syarikat terhadap penanaman lestari dan pertumbuhan legasi.

Pengasas Heartana Global Berhad, Jessica Tan berkata, melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan dimeterai pada Disember, pelajar dan penyelidik UTAR bakal menjalani latihan praktikal di Agartana Orchard, termasuk analisis tanah, inokulasi, pengurusan perosak dan penuaian.

“Agartana ditubuhkan untuk membantu masyarakat membina kesejahteraan dan kemakmuran yang harmoni dengan alam. Pelancaran Agartana Orchard dan Dana Pendidikan Agartana membuktikan komitmen kami untuk menggabungkan kelestarian, pendidikan dan inovasi demi masa depan yang lebih baik,”

“Sebagai sokongan kepada pendidikan dan penyelidikan, 3% daripada setiap pembelian pokok akan disalurkan ke Dana Pendidikan Agartana, yang menyediakan biasiswa, latihan industri dan penyelidikan berkaitan gaharu serta inovasi kesejahteraan.”

“Dana ini dikuasakan teknologi blockchain bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dan peserta cemerlang berpeluang menerima tawaran kerjaya daripada Agartana.” katanya.

Selain nilai warisan dan budaya, gaharu mempunyai potensi besar dalam bidang kesihatan, kesejahteraan dan pelbagai industri lain.

YM Tunku Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin, salah seorang daripada 100 pelanggan pertama Agartana, menanam pokok gaharu beliau sebagai sokongan terhadap visi kesejahteraan Agartana.

Acara itu turut dihadiri rakan strategik dari Ay Kang Pharmaceutical Co. Ltd., Taiwan, serta YM Tunku Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin dan YM Tengku A’liaa Muna Tengku Abdul Rahman yang turut menanam pokok sebagai tanda sokongan terhadap visi Agartana membina legasi kesejahteraan mampan berasaskan ilmu.

Dengan pelancaran ini, Agartana menyatakan komitmennya dalam mempromosi penyelidikan gaharu, pendidikan dan pembangunan bakat baharu, sekali gus memperkukuh usaha membina kemakmuran bermakna dan ekosistem kesejahteraan negara yang lestari.

Maklumat lanjut mengenai Agartana dan inisiatifnya boleh diperoleh di www.agartana.com atau melalui Heartana Culture Hub di Instagram dan Facebook.

Komen
Loading...